10 ARTIKAL USAHAWAN OKU



1. BERJAYA BIARPUN TANPA TANGAN

Razali menghasilkan lukisan dengan menggunakan kaki sambil diperhatikan sahabat karibnya, Muhammad Hafiza Ibrahim, 25 sempena Program Bumi Hijau dan Keceriaan PDK Batu Rakit.

BATU RAKIT – Siapa kata orang kurang upaya (OKU) tidak boleh hidup mewah, kekurangan diri mengehadkan peluang untuk mengejar impian dan masa depan yang lebih cerah.
Razali Rohani, 29 membuktikan tanggapan itu tidak benar. Dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan namun dia reda malah berusaha gigih mencungkil kelebihan diri untuk meraih rezeki lumayan.
"Setiap kekurangan yang ALLAH SWT kurniakan akan ada kelebihan yang hanya kita sendiri tahu, saya kini mampu hidup mewah dengan hasil jualan lukisan walaupun melukis dengan menggunakan kaki," katanya.

Berkat usaha gigih tanpa kalah dengan simpati masyarakat, anak ketiga daripada sepuluh beradik kini mampu berbangga apabila hasil kreativitinya diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Kata Razali, dia sendiri tidak pernah mimpi untuk menjual hasil lukisannya sehingga ke Kanada, namun tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia ALLAH yang tentukan.
Anak kelahiran Kampung Mengabang Lekor ini berkecimpung dalam bidang seni sejak tujuh tahun lalu setelah menyertai Persatuan Pelukis Mulut dan Kaki di Ampang, Selangor.

Ternyata rezekinya mula melimpah apabila lukisan bertemakan corak batik dan pemandangan amat digemari masyarakat di luar negara.
“Sebagai OKU, peluang saya tidak banyak, oleh itu mengambil keputusan belajar kemahiran Pusat Pemulihan OKU Cheras, Selangor.
"Di sana saya mendalami bidang seni lukis dan komputer, saya ambil masa lima tahun untuk menamatkan pengajian," katanya.
Kata Razali, dia bukannya dilahirkan dengan bakat besar dalam bidang lukisan tetapi mengenangkan tidak banyak dapat dilakukan untuk mengubah nasib diri, dia belajar melukis.
"Kini pendapatan saya lebih daripada cukup untuk menampung sara hidup, saya juga gembira kerana mampu memiliki kereta yang telah diubahsuai untuk golongan seperti saya," katanya ketika ditemui pada Program Bumi Hijau dalam PDK Batu Rakit.

Menurutnya, lukisan yang dihasilkan bersaiz A3 mampu disiapkan dalam masa tiga hingga empat hari sebelum dihantar ke Kanada.
“Saya gembira dengan kerjaya ini kerana mampu membuktikan OKU juga boleh berjaya seperti juga mereka yang normal,” katanya.
Dia harap kejayaan yang dicapai mampu memberi inspirasi kepada OKU lain untuk berjaya dalam hidup dan tidak hanya bergantung kepada bantuan


**********************************************************************



2. TANGAN KANAN HANCUR DIGILIS MESIN

Kehilangan tangan kanan akibat kemalangan di tempat kerja pada 2003 tidak melemahkan semangat Ahmad Ramli, 41, dari Felda Sungai Kemahal, Jerantut ­untuk berdikari dengan mengusahakan penternakan lembu bagi ­menampung kehidupan keluarganya.
Tragedi yang menyebabkan ­sebahagian tangan kanannya hancur akibat digilis mesin ketika bekerja di sebuah kilang percetakan di Batu Caves menyebabkan dunia kehidupannya berubah daripada insan ­normal menjadi Orang Kurang Upaya (OKU).

Kini, Ahmad yang memiliki 40 lembu serta dua pekerja OKU juga berhasrat menambahkan lagi jumlah ternakannya menerusi peruntukan geran RM70,000 yang diterima daripada Skim Bantuan Perniagaan OKU Peringkat Negeri.
Dia antara 12 penerima geran dari seluruh negeri ini yang terpilih menerusi Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung.

Menurutnya, dia terharu kerana penantiannya berbaloi dan mula ­memohon sejak 2008 dan meng­hargai usaha kerajaan yang mem­bantu ­golongan sepertinya.
“Syukur kepada ALLAH SWT kerana saya sendiri tidak sangka ter­pilih dan peruntukan geran ini membantu mengurangkan beban dan ­memudahkan usaha saya.
“Saya bercadang menambahkan jumlah ternakan selain mempel­bagaikan lagi usaha seperti menambahkan baka, menghasilkan dedak sendiri dan menanam anak benih untuk meningkatkan lagi pen­dapatan,” kata bapa kepada empat anak itu.
*********************************************************************

3. CACAT BUKAN PENGHALANG


KOTA BHARU - Biarpun kudung kedua-dua tangan dan kaki tetapi ia tidak menjadi halangan bagi Tuan Man Tuan Weh, 50, untuk mengejar cita-citanya menjadi pakar motivasi suatu hari nanti.
Sehubungan itu, bapa kepada tiga anak itu nekad untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat ijazah dalam jurusan Kaunseling Psikologi di sebuah universiti swasta di Lundang di sini. Lebih beruntung bagi Tuan Man apabila isterinya, Rosiah Abdullah, 41, juga sanggup belajar bersamanya dan sekali gus boleh membantu pergerakannya serta memberi semangat kepadanya.

 Tuan Man yang bekerja sebagai Pembantu Tadbir di Jabatan Kerja raya Negeri Kelantan berkata, pernah kecundang pada zaman persekolahan tidak menjadi pematah semangat kepadanya untuk sekali lagi mencuba bagi mencapai impiannya.

“Walaupun kelainan upaya, tetapi saya beranggapan pendidikan ini sangat penting dan kali ini saya akan buktikan dengan semangat yang ada serta berkat keizinan ALLAH SWT saya boleh berjaya. Selain itu, saya mahu membuka minda tiga anak yang masih bersekolah ini supaya jangan putus harapan,” katanya ketika ditemui sempena pendaftaran pelajar baru Open University Malaysia (OUM), di sini.
Tuan Man berkata, dia berhasrat untuk mencurah baktinya bagi memberi kesedaran kepada individu yang mempunyai masalah dalam kehidupannya. Pengarah Pusat Pembelajaran OUM, Datuk Dr Nik Najib Nik Abdul Rahman berkata, Tuan Mat adalah satu-satunya penuntut istimewa dan beliau bangga dengan kesungguhannya.
*******************************************************************

4. CACAT BUKAN PENGHALANG


Tanpa sepasang kaki dan tangan kiri, Imi masih mampu cipta sejarah tersendiri
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri, Nik Omar Abdul Rahman (kiri) bersama Timbalan Naib Canselor UTM, Datuk Mohd. Tajudin Ninggal dan Ruzimi Mohamed melihat motosikal elektrik untuk OKU di UTM Skudai, baru-baru ini.

“SETIAP manusia diberi hak sama untuk hidup, udara sama untuk dihirup, jumlah putaran masa sama untuk digunakan mahupun langit sama untuk dijunjung. Mengapa perlu kita bezakan yang kurang upaya dengan yang sempurna”.
 Itu bicara pertama oleh personaliti pilihan ruangan Helo Kampus kali ini, Ruzimi Mohamed yang lebih mesra dipanggil Imi di kalangan rakan sekuliahnya.

Jejaka berusia 25 tahun itu tidak sesekali melihat kekurangan yang dimilikinya sejak kecil itu sebagai penghalang untuk mencipta sejarah tersendiri.
 Dia yang hanya dikurniakan sebelah tangan iaitu tangan kanan tanpa sepasang kaki dan tangan kiri tetap bersyukur dengan kurniaan Allah kerana baginya kekurangan itu akan dibalas dengan kelebihan yang tidak ternilai.

Menurut penuntut tahun akhir pengajian sarjana itu, biarpun hanya memiliki sebelah tangan, dia bersyukur kerana dikurniakan banyak ‘tangan’ dan ‘kaki’ untuk membantunya dalam setiap segi termasuk pergerakan, pembelajaran dan aktiviti semasa.
 Motivator sambilan kini boleh berbangga apabila mempunyai dua syarikat dengan sebuah diusahakan bersama seorang lagi rakannya.

“Syarikat Imi Creative Solution Sdn. Bhd. menyediakan perniagaan pembangunan laman web, kursus motivasi dan teknologi maklumat manakala Embroidry Teknologi menyediakan perkhidmatan jahitan dan sulaman.

“Alhamdulillah, perniagaan saya berjalan lancar. Kebanyakan pelanggan adalah di kalangan kakitangan dan penuntut UTM sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
 Ruzimi memberitahu, menjadi salah seorang daripada orang kurang upaya (OKU) bukanlah menjadi kesalahan, apatah lagi malu dengan kecacatan diri sendiri.
Malah, anak kelahiran Kampung Sungai Keladi, Kota Bharu, Kelantan itu turut mencipta motosikal roda tiga berkuasa bateri yang dinamakan Imi Creative Car (ICC) bagi kegunaan OKU dan warga emas pada masa akan datang.

Projek yang menelan kos RM25,000 itu dilengkapi aplikasi teknologi hijau iaitu menggunakan bateri untuk menggerakkannya.
 “Kenderaan yang boleh digunakan warga emas ini tidak mengeluarkan asap dan tidak menggunakan petrol sebagai sumber bahan api,” katanya.
 Katanya, dia turut bekerjasama dengan Zull Design untuk tujuan modifikasi kenderaan berkenaan.

Sumber :


********************************************************************

5. LUMPUH TAPI CEMERLANG

ASMAH Bakar (kanan) dan Zamri Mansor (dua dari kanan) bersama penerima cenderahati lain di Sambutan Hari OKU Peringkat Negeri Kedah 2010 di Kulim, baru-baru ini.

KULIM 8 Nov. - Tulang pinggangnya patah dan kedua-dua kakinya lumpuh sejak berusia 16 tahun.Namun, kecacatan fizikal tersebut bukan menjadi penghalang buat Zamri Mansor, 38, dari Kampung Pantai Halban, Jitra, untuk berdikari.Zamri kini mula mencipta nama sebagai seorang kontraktor kelas F berjaya di negeri ini.

"Saya tidak mudah putus asa, malah meneruskan kehidupan seharian seperti orang biasa. Cuma sekarang sibuk sedikit kerana mengawasi 30 pekerja termasuk sebahagian besar OKU di bawah syarikat penyelenggaraan milik saya iaitu Hangaku Selenggara Enterprise," katanya pada majlis sambutan Hari OKU peringkat negeri di sini semalam.Pada majlis itu, Zamri dinobatkan sebagai Usahawan OKU Cemerlang Negeri Kedah 2010.Turut dinobatkan sebagai Usahawan OKU Wanita Cemerlang Negeri Kedah ialah tukang jahit, Asmah Bakar, 46, dari Taman Rasa Sayang, Bedong, dekat Sungai Petani.Kedua-dua mereka menerima hadiah daripada Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Enau Edin Nom.Mengimbas kembali pengalamannya, Zamri berkata, ketika belajar di tingkatan empat di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, 22 tahun lalu, beliau terlibat dalam satu kemalangan menyebabkan tulang pinggangnya patah dan kemudian kedua-dua kakinya lumpuh sehingga terpaksa berhenti sekolah.Namun, beliau masih gigih untuk belajar dan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara bersendirian pada 2000.

Katanya, kejayaan tersebut kemudian membolehkannya menjejakkan kaki ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam dan belajar selama setahun dalam bidang perundangan."Namun saya terpaksa menangguhkan pengajian atas sebab peribadi," katanya.Selepas itu jelasnya, beliau pulang ke kampungnya di Jitra dan menjadi peraih udang dengan modal RM50.Selama dua tahun jelasnya, beliau menjual udang segar yang dibeli terus daripada nelayan di Kuala Sanglang dan Kuala Kedah dengan berulang-alik setiap hari menunggang motosikal yang diubahsuai untuk golongan OKU.Kata Zamri, beliau kemudian mendapat peluang menjalankan kerja membina laluan khas untuk OKU dan sebagainya di pejabat-pejabat kerajaan daerah Kubang Pasu selaku subkontraktor dari 2004 hingga 2007.Berbekalkan pengalaman itu, jelasnya, beliau mendaftar sebagai kontraktor Kelas F dengan Pusat Khidmat Kontraktor menggunakan nama syarikat Hangaku Selenggara Enterprise pada 2008.
*********************************************************************

6. KARYA PELUKIS ISTIMEWA

AFIQAH berekspresi menggunakan warna-warna terang.

CAMPURAN warna gelap dicalitnya secara spontan dan yakin di atas kanvas. Tidak sedikit pun berasa terganggu dengan kehadiran pengunjung di sisinya, Yuri Azzari, 20, sebaliknya memberi fokus penuh kepada lukisan di depan mata.
Satu demi satu garisan yang dicalit itu membentuk imej sepasu bunga. Usaha anak sulung daripada lima beradik itu sebenarnya layak dipuji.

Lahir dengan masalah autisme, Yuri Azzari bukan sahaja tidak mensia-siakan bakat semula jadinya itu, malah dia dilatih untuk menggunakan seni sebagai pengasah daya kreativitinya.
Bapanya, Yuri Zaharin, 47, yang ditemui Kosmo! memberitahu, sejak kecil, anaknya telah menunjukkan petanda-petanda positif terhadap bidang seni lukis.
“Seingat saya, pada suatu hari ketika Yuri Azzari berusia sekitar dua atau tiga tahun, kereta kami lalu di hadapan sebuah stesen minyak.

“Sebaik sahaja kami tiba di rumah, Yuri Azzari lekas mengambil pensel dan melukis imej penuh stesen minyak itu mengikut kreativitinya. Masa itu, saya dan isteri cukup terkejut dengan bakatnya itu,” ceritanya tentang anaknya yang juga didiagnosis dengan masalah hiperaktif itu.
Walaupun bakat seni Yuri Azzari disedari pada usia muda, Yuri Zaharin berkata, anaknya baru mula berjinak dalam bidang seni secara serius sejak setahun lalu.
Hari ini, setelah lebih setahun setengah berada di bawah pimpinan artis terkemuka, Raja Azhar Idris, Azzari menjadi salah seorang daripada tiga pelukis istimewa bertuah yang mengadakan pameran berkumpulan sulung mereka.


ALIAH mempamerkan bakat berganda - seni lukis dan juga kemahiran kawalan dengan jari kaki.
Kaedah terapeutik

Yuri Zaharin yang menemani anaknya di kelas lukisan itu pada setiap hari Sabtu turut memberitahu, seni adalah kaedah paling terapeutik untuk menenangkan Yuri Azzari. Bangunan, flora dan fauna menjadi antara subjek lukisan kegemaran lelaki yang lahir pada 25 Disember itu.
Di Galeri Art Case Sdn. Bhd. di pusat beli-belah Great Eastern Mall di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pameran bertajuk Colours of Hope & Splashes of Love memaparkan koleksi hasil karya Yuri Azzari, Aliah Talib dan Sarah Afiqah Hishamuddin.
Bagi Aliah Talib, 23, yang lahir tanpa kedua-dua belah tangannya, dia dianugerahi bakat melukis menggunakan kaki kanannya. Dengan sebelah ibu jari kaki memegang tiub warna akrilik dan sebelah lagi memicit tiub tersebut, gadis kecil molek itu jelas membuktikan bahawa kecekalan hati manusia boleh mengatasi segala dugaan besar dalam hidup.

Anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu mula melukis sekitar usia lapan tahun. Setiap bulan, dia datang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kelas lukisan kanvas di bawah bimbingan Raja Azhar.
Menaruh impian untuk menjadi pelukis berjaya pada masa akan datang, bakat Aliah jelas terserlah menerusi koleksi lukisannya yang bertemakan awan. Baginya, penggunaan warna-warna lembut dan lukisan awan menjanjikan ketenangan jiwa yang tidak terucap dengan kata-kata.
Bagi Dr. Zalinda Mohd. Sani, ibu kepada Sarah Afiqah, 20, seni membantu anaknya untuk berasa selesa dan menikmati bakatnya dengan gembira. Sarah Afiqah yang didiagnosis dengan masalah palsi selebral (rendah) mula melukis pada usia enam tahun.
“Ada sekali itu, saya memberi satu set kertas bersaiz A4 dan semua bahan untuk melukis kepada Sarah Afiqah. Pada suatu hari, saya mendapati dia telah melukis dengan sendirinya.
“Masa itulah saya sedar tentang harapan masa hadapan Sarah Afiqah,” ceritanya sambil memberitahu anaknya suka menggunakan warna-warna terang dan garang dalam hasil-hasil karyanya.
 
Di rumah, ibu kepada tiga orang anak itu turut menyediakan sebuah bilik khas untuk menggalakkan anak-anaknya menconteng atau melukis untuk melepaskan tekanan diri.
Namun, titik perubahan dalam hidup Sarah Afiqah mula menampakkan sinar baru setelah Zalinda menghantar anaknya ke kelas lukisan Raja Azhar.

“Seni bukan sahaja satu terapi bagi anak-anak istimewa, malahan bagi ibu bapa yang memiliki anak-anak ini,” ujarnya yang turut mengikuti kelas lukisan tersebut bersama anaknya itu.
Pameran yang ditaja oleh Galeri Art Case dan Yayasan Seni Berdaftar itu memaparkan sejumlah 41 buah lukisan dengan teknik-teknik lukisan berbeza. Setakat artikel ini ditulis, sekitar 28 buah lukisan telah dibeli dan ditempah oleh pengumpul-pengumpul lukisan.

Hasil memberangsangkan

Raja Azhar yang ditemui Kosmo! berkata, proses bimbingan seni yang dijalankan untuk tiga individu istimewa itu nyata sungguh memberangsangkan. Tanpa perlu mengubah gaya lukisan artis-artis muda itu, beliau sebaliknya memajukan mereka dari aspek yang diimpikan oleh individu-individu terbabit.
“Saya selalu percaya bahawa jika seseorang kanak-kanak tidak dapat belajar dengan cara yang kita ajar, maka kita perlu mengajar dengan cara yang dia boleh serap,” katanya sambil memberitahu pameran ini memberi tiga artis istimewa itu dengan pendedahan yang baik.
Tambahnya, setiap artis tersebut memaparkan kredibiliti seni yang berbeza. Baginya, hasil karya Azzari sering memberi kejutan menerusi daya imaginasinya yang di luar jangkaan orang biasa.
Lukisan Aliah pula menampilkan pergerakan awan yang cukup ‘hidup’ manakala Sarah Afiqah pula bijak menterjemahkan emosi keceriaannya menerusi warna-warna terang.
***********************************************************************

7. OKU BERPENDAPATAN 5 ANGKA DGN HR MARKETING

PUAN MASHITAH YONG
Seorang wanita kurang upaya ( buta ) dari Klang Selangor mampu mencipta kejayaan dalam HR dan setakat ini telah melahirkan seorang DD di bawah rangkaiannya. Atas kemahuan yang tinggi dan percaya kepada diri sendiri serta peluang dalam HR beliau tidak pernah berputus asa walau pun banyak cabaran yang perlu dihadapi. Melalui program seminar dan kursus anjuran Aura Sukses beliau mendapat didikan dan motivasi untuk terus berusaha menjadi wanita kurang upaya yang cemerlang seperti mereka  yang sempurna anggota tubuh..  Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, orang berjaya mencari cara. Orang gagal mencari alasan, maka marilah kita bersama mencipta kejayaan luar biasa bersama HR.

Siapa kata golongan OKU tidak blh berjaya di dalam bidang perniagaan ? Inilah kisah yg terjadi kpd Mashitah Yong bt Abdullah 41 tahun. Beliau adalah golongan OKU yg telah berjaya menjana pendapatan hingga rm2000+++ sebulan setelah hampir setahun bersama HR Marketing Sdn Bhd.
Dengan pendapatan yg diperolehi sekarang, beliau mampu menyara 2 orang anak OKU. Dahulunya beliau pernah menceburi perniagaan lain ttp tidak berjaya sehinggalah bertemu HR Marketing. Bersama HR M, beliau begitu mementingkan kejayaan ahli dibawahnya dan gigih membantu mereka hingga telah berjaya melahirkan 2 orang Diamond Director (pangkat tertinggi) didalam perniagaan ini.

Dengan menjalankan perniagaan ini, beliau dgn mudah dapat menyara keluarga beliau dan perniagaan ini mudah dijalankan walaupun beliau dilahirkan dgn serba kekurangan. Beliau secara lansung berazam mengubah persepsi masyarakat sekeliling yg beranggapan golongan OKU hanya mampu mengerjakan perniagaan jual tisu atau menyanyi dijalanan sahaja ttp beliau tlh membuktikan golongan OKU juga mampu menjalankan perniagaan lebih dari iyu. Alhamdulillah dgn usaha keras tanpa mengenal erti penat dan jemu kini beliau tlh berjaya dlm usahanya dan menyeru masyarakat supaya menceburi bidang perniagaan di HR Marketing Sdn Bhd.

Sumber :


**********************************************************************

8. MINI MARKET 99SPEEDMART

Beliau memiliki lebih 2OO buah cawangan 99Speedmart di seluruh Malaysia (2011). Lee berkerusi roda semenjak kecil. Sewaktu bayi, Lee lumpuh disebabkan polio dan hilang fungsi kakinya.Bapanya seorang buruh pembinaan dan ibunya seorang penjaja, mereka bekerja keras untuk menyara 11 anak. Mereka cuma mampu menyediakan pendidikan peringkat sekolah rendah kepada Lee.

Untuk menghilangkan rasa sunyi, Lee belajar sendiri dengan membaca buku yang dipinjam dari jiran, dan menjual makanan ringan serta snek ditepi jalan.
” Saya perlu menolong diri sendiri. Tiada siapa yang hendak menggaji saya yang mempunyai fizikal yang terhad ini..”

Lee memiliki simpanan RM5,000 ketika 23 tahun, cukup untuk memulakan kedai runcit.
Beliau telah berjaya menubuhkan 8 pasar mini di sekitar bandar Klang, Selangor pada hujung tahun 1990an walaupun kegawatan ekonomi berlaku pada masa itu. Kejayaan ini adalah sumber keyakinan kepadanLee dalam perkembangan perniagaan kedai serbaneka yang mempunyai potensi tinggi.
Pada Ogos 1992, pasar raya 99 yang pertama telah dibuka.
 *********************************************************************


9. PENGUSAHA BATIK

Bagi Tengku Arman Harris Tengku Ismail, 36, yang cacat pendengaran, kegigihan dan ketabahannya menjadikan beliau antara usahawan OKU yang berjaya dalam perusahaan membuat batik sutera di Terengganu. Mengimbas pengalamannya dalam industri pembuatan batik sutera, Tengku Arman mula bekerja di kilang Romi Batik di Chendering di sini, pada 1991 serta sebuah syarikat batik di Batu Burok, selama beberapa tahun sebelum membuka syarikatnya sendiri.

Menurut ibunya, Wan Zaitun Wan Mansur, 59, semasa bekerja di dua tempat berkenaan, Tengku Arman mempelajari pelbagai cara pembuatan batik sehingga 1996 sebelum membuka sendiri syarikatnya iaitu Arman Batik di rumahnya di Kampung Tebauk di sini.
Zaiton, yang merupakan jurubahasa isyarat anaknya, berkata dengan keazaman untuk berjaya dalam industri tersebut, Tengku Arman mendirikan sebuah bangsal berhampiran rumahnya, dengan mengusahakan pembuatan batik secara kecil-kecilan. Berbekalkan bakat dan kebolehan anaknya, beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu telah memberi bantuan kewangan sebanyak RM2,000 kepada Tengku Arman untuk mengembangkan perusahaannya.

Beliau berkata, setelah perusahaan anaknya itu menampakkan kejayaan, Tengku Arman memohon pinjaman sebanyak RM20,000 daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan perusahaannya bertambah maju sehingga mampu membayar balik pinjaman dalam tempoh yang singkat.
Atas usaha gigihnya, Tengku Arman kini boleh berbangga kerana memiliki dua buah kedai batik sutera iaitu "Anas Butik" di Subang Jaya, yang diurus oleh diknya. Katanya, beliau menghasilkan kain-kain batik sutera dengan dua kaedah iaitu melalui blok serta mencating dan ia dijual antara RM200 dan RM400 sepasang.

Sumber :


**********************************************************************