PEMBIAYAAN PERNIAGAAN

Skim Prosper Siswazah

Latarbelakang

Peluang untuk siswazah muda Bumiputera menceburi diri dalam bidang perniagaan dan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan masih terbuka luas. Menyedari keadaan ini, PUNB mengalu-alukan siswazah muda Bumiputera untuk menjadi seorang usahawan dan menyumbang ke arah pembentukan golongan usahawan Bumiputera yang berintelek.

Sehubungan itu, kami menyediakan pakej keusahawanan khas PROSPER Siswazah yang bertujuan untuk mendorong, membimbing dan membangun siswazah muda Bumiputera untuk menceburi bidang keusahawanan khususnya dalam sektor peruncitan.

Objektif
  • Menyediakan kemahiran dan pengetahuan kepada siswazah muda Bumiputera untuk menceburi bidang perniagaan, khususnya perniagaan runcit dan pengedaran.
  • Membantu siswazah muda Bumiputera memulakan perniagaan runcit dan pengedaran melalui mekanisma pembangunan yang teratur dan sistematik.
Skim PROSPER Siswazah

I) Kemudahan Pinjaman.

PROSPER Siswazah menyediakan 2 jenis pakej pinjaman yang berlandaskan prinsip Qard Al-Hasan.Pakej-pakej pinjaman ini adalah;
Pakej AMenyediakan pinjaman dari RM 5,000 sehingga RM 50,000 untuk perniagaan tunggal, perkongsian atau Sdn Bhd. Usahawan perlu menyumbang modal minimum sebanyak RM 500 untuk satu projek. Tempoh pembayaran balik pinjaman ialah dari 3 sehingga 7 tahun.
Pakej BMenyediakan pinjaman dari RM 50,001 sehingga maksimum RM 100,000 untuk perniagaan perkongsian atau Sdn Bhd. Setiap usahawan perlu menyumbang modal minimum sebanyak RM 500 untuk satu projek. Tempoh pembayaran balik pinjaman ialah dari 5 sehingga 7 tahun.


II) Perkhidmatan Perniagaan
Pakej pinjaman A dan B ini merangkumi perkhidmatan perniagaan yang menyediakan khidmat pra-operasi perniagaan,pemantauan akaun, khidmat nasihat perniagaan dan latihan sepanjang tempoh pembiayaan dan bayaran yang berpatutan akan dikenakan kepada usahawan.
Syarat Kelayakan
Siswazah sasaran
· Siswazah Bumiputera yang memiliki sekurang-kurangnya diploma daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan.
· Berumur tidak lebih dari 30 tahun pada tarikh pendaftaran.
· Setiap usahawan dapat membiayai modal minimum sebanyak RM 500
. Sanggup mengikuti kesemua program yang ditentukan oleh PUNB.
Perniagaan
· 100% milik usahawan Bumiputera dan diuruskan sendiri oleh usahawan
· Perniagaan baru atau peringkat perkembangan
Skop perniagaan
· Runcit
· Pengedaran
· Jualan Terus dan Stokis
· Teknologi Maklumat & Telekomunikasi
· Perkhidmatan Profesional
· Industri Desa berasaskan Pertanian
· Perkhidmatan dari Rumah
· Perkhidmatan Pendidikan

Proses Permohonan
  1. Peserta mendaftar melalui Borang PROSPER
  2. Peserta menghadiri Sesi Kesesuaian Keusahawanan
  3. Peserta hadiri kursus Rancangan Perniagaan selama 3 hari ( yuran : RM50.00)
  4. Peserta membentangkan Rancangan Perniagaan
  5. Kelulusan pembiayaan
  6. Peserta menghadiri Kursus Asas Keusahawanan selama 4 hari.

Pemohon hendaklah menghantar cadangan perniagaan ke:
Sekretariat PROSPERPERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
Tingkat 10, Blok 1B
Plaza Sentral
Jalan Stesen Sentral 5
KL Sentral
50470 Kuala Lumpur
_______________________________________________________________________


Skim Pemborong Prosper

Latar Belakang
Pemborongan dan pengedaran adalah satu bahagian penting dalam rantaian bekalan bahan. Usahawan Bumiputera perlu merebut peluang perniagaan dalam sektor yang berpotensi ini di samping menyokong usahawan dalam bidang peruncitan.
Bagi mencapai tujuan ini, PUNB menyediakan satu pakej keusahawanan khusus untuk membangun usahawan Bumiputera sebagai pemborong, pengedar atau pembekal yang berdaya maju dan berdaya saing.
Skim Pemborong PROSPER ini disasarkan kepada Bumiputera yang ingin memula atau mengembang perniagaan pemborongan, pengedaran atau pembekalan.
Objektif Skim
  • Membangun usahawan Bumiputera dalam aktiviti belian dan jualan pukal bahan serta bekalan.
  • Menyediakan sumber barangan dan bekalan bahan pada kos yang dapat meningkatkan daya saing usahawan Bumiputera dalam bidang peruncitan.
Pakej Keusahawanan
1. Pembiayaan
Skim berlandaskan prinsip Syari'ah ini menawarkan pembiayaan di antara RM250,000 sehingga maksimum RM5 juta. Tempoh pembayaran balik pembiayaan ialah sehingga tujuh (7) tahun.

Tujuan pembiayaan boleh merangkumi keperluan modal pusingan, pembelian stok dan aset, serta lain-lain keperluan yang berkaitan dengan perniagaan dicadangkan.
2. Perkhidmatan Perniagaan
Selain dari penyediaan pembiayaan, skim ini juga menawarkan khidmat pemantauan, kenal pasti premis, jaringan perniagaan serta latihan keusahawanan.
Kesemua khidmat ini adalah untuk menyediakan landasan kepada usahawan Bumiputera merebut peluang perniagaan serta berkongsi pendapat dan pengalaman bagi memantapkan perniagaan mereka.
Syarat Kelayakan
1. Usahawan
  • Bumiputera
  • Mempunyai ciri-ciri keusahawanan unggul seperti kejujuran, keyakinan diri, berdaya tahan, berfikiran positif, kreatif dan disiplin diri yang tinggi.
  • Mempunyai pengetahuan dalam bidang yang hendak diceburi atau berpengalaman dalam perniagaan sedia ada atau telah mendapat kontrak/hak pembekalan/pengedaran sesuatu barangan.
  • Membiayai sekurang-kurangnya 20% daripada kos projek.
  • Tiada rekod yang kurang memuaskan dengan mana-mana institusi kewangan.
  • Komitmen sepenuhnya terhadap perniagaan.
  • Sanggup mengikuti kursus-kursus yang dikenal pasti.
2. Perniagaan
  • Berbentuk pemborongan, pengedaran atau pembekalan.
  • Dimiliki dan diusahakan oleh Bumiputera.
  • Berdaya maju dan mempunyai sinergi dengan bidang peruncitan.
Bidang Perniagaan
PUNB menawarkan peluang pembiayaan dalam bidang-bidang seperti berikut:
  • Makanan
  • Bahan binaan dan kelengkapan binaan
  • Kejuruteraan - alat ganti dan jentera
  • Keperluan berasaskan pertanian
  • Barangan dan kelengkapan kesihatan dan farmasi
  • Barangan herba / kosmetik
  • Barangan berasaskan tekstil
  • Lain-lain perniagaan yang sesuai dengan keperluan bidang peruncitan
Proses Penilaian1. Penilaian Awal
Pemohon hendaklah menghantar cadangan perniagaan ke PUNB untuk dipertimbangkan. PUNB akan berbincang dengan pemohon untuk memahami cadangan perniagaan secara menyeluruh. Penilaian awal tertumpu kepada lima (5) aspek utama perniagaan iaitu produk, pasaran, pengurusan, operasi dan kewangan untuk menentukan penilaian seterusnya.

2. Pembentangan Cadangan Perniagaan
Jika melepasi penilaian awal, pemohon akan diminta membuat pembentangan kertas cadangan kepada Jawatankuasa Penilaian PUNB yang akan menilai lima (5) aspek utama perniagaan yang dimaksudkan dan kriteria pelaburan pemohon.
3. Penilaian dan Usaha Wajar
Setelah Jawatankuasa Penilaian PUNB berpuas hati dengan cadangan perniagaan dan mendapat persetujuan pemohon, satu penilaian terperinci serta usaha wajar akan dijalankan berasakan lima (5) aspek perniagaan dinyatakan, entiti perniagaan dan latar belakang pemohon.
4. Kelulusan dan DokumentasiApabila selesai penilaian terperinci dan usaha wajar, cadangan perniagaan akan dimajukan ke Jawatankuasa Pelaburan PUNB untuk kelulusan, diikuti proses dokumentasi berkaitan terma dan syarat pembiayaan.
5. Pengeluaran Dana dan Pelaksanaan
Setelah semua dokumen dan syarat pengeluaran dana dipenuhi, PUNB akan mengeluarkan dana kepada perniagaan untuk digunakan bagi tujuan yang dipersetujui. PUNB akan memantau pelaksanaan perniagaan supaya penggunaan dana mencapai sasaran perniagaan.
Cara Memohon
Untuk memohon, sila hantarkan cadangan perniagaan anda yang lengkap dengan memberi perhatian kepada tajuk-tajuk berikut:
1. Ringkasan EksekutifPeluang perniagaan, produk, pasaran dan pengurusan; cadangan jumlah pembiayaan dan kegunaannya dan ringkasan penyata pendapatan serta keperluan modal untuk lima (5) tahun.
2. Peluang Perniagaan
Huraian produk dan bagaimana ia dapat memenuhi keperluan usahawan peruncitan.
3. Strategi Perniagaan
Ulasan strategi perniagaan termasuk kewangan dan pembangunan perniagaan.
4. Pelan Pemasaran
Keperluan pelanggan, segmen pasaran, saluran pengedaran, strategi dan rancangan jualan, persaingan dan kedudukan perniagaan.
5. Pelan OperasiPelan operasi harian, perolehan bekalan, keperluan peralatan dan kemudahan serta pelan pentadbiran.
6. Pengurusan dan Kakitangan Utama
Maklumat lengkap kakitangan utama, organisasi, perancangan sumber manusia dan program insentif & ganjaran, jika ada.

7.Unjuran Kewangan
Ramalan lima (5) tahun termasuk penyata untung dan rugi, kunci kira-kira dan penyata aliran wang tunai.
Pemohon hendaklah menghantar cadangan perniagaan ke:
Sekretariat PROSPER (Skim Pemborong PROSPER)
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
Tingkat 10, Blok 1B
Plaza Sentral
Jalan Stesen Sentral 5
KL Sentral
50470 Kuala Lumpur
_____________________________________________________________________________


Skim Tekun Tani

TEKUN TANI Pembiayan disediakan sebagai modal untuk memula / mengembangkan perniagaan / projek pertanian.
Aktiviti
Tanaman Kontan : Pisang, Jagung, Tebu dan Sayuran
Tanaman Hiasan : Orkid, Kaktus dan Bonsai
Kelayakan Asas
• Bumiputera berumur 18-60 tahun
• Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah
• Terlibat secara langsung dan sepenuh masa
• Satu pembiayaan untuk satu isi rumah
• Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM 20,000
• Mempunyai tanah sendiri/sewa atau projek usahasama dengan Persatuan Belia/Agensi Kerajaan/NGO
Syarat Tambahan
• Seorang penjamin dari kalangan keluarga/saudara-mara/kawan
• 10% hingga 15% kos pembiayaan disediakan oleh usahawan
• Tapak projek berdekatan (lingkungan 20km) dengan pejabat YTN atau berdekatan dengan kediaman staf YTN
Jumlah pembiayaan
Pembiayaan adalah berdasarkan keperluan projek yang dilaksanakan di antara RM500.00 hingga RM30,000.00.
Bayaran balik
Bayaran balik pembiayaan adaah mengikut ’grace period’ sehingga projek mengeluarkan hasil atau memilih membayar secara mingguan/bulanan/musim.

____________________________________________________________________________

Skim Tekun Niaga

TEKUN NIAGA Pembiayaan sebagai modal tambahan kepada usahawan untuk meningkatkan perniagaan sedia ada.

Aktiviti
Gerai tetap, Gerai bergerak, Kedai tetap, Perniagaan perkhidmatan, Pengangkutan, Pembuatan.

Kelayakan Asas
• Bumiputera berumur 18-60 tahun
• Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah
• Mempunyai tempat perniagaan yang khusus
• Terlibat secara langsung dan sepenuh masa
• Tidak mempunyai rekod pembiayaan perniagaan yang tidak baik
• Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM 20,000
• Telah berniaga sekurang-kurangnya 6 bulan
• Satu pembiayaan untuk satu isi rumah

Jumlah Pembiayaan
Pembiayaan yang ditawarkan adalah di antara RM500.00 hingga RM30,000.00.
Dipetik dari;
http://.www.tekun.gov.my/

_____________________________________________________________________________

PUNB telah memperkenalkan program khas untuk siswazah muda - Program Siswazah Perantis untuk membantu graduan Bumiputera yang menganggur memiliki kemahiran dalam menguruskan perniagaan melalui program latihan sangkut di syarikat-syarikat naungan PUNB.
Peserta (perantis) program ini akan mendapat pendedahan kepada pembelajaran sebenar pengurusan perniagaan selain daripada kursus dan latihan teori.
Objektif
  • Menyediakan peluang untuk siswazah muda menceburi bidang perniagaan khususnya bidang peruncitan dan pengedaran
  • Meningkatkan pengetahuan siswazah muda melalui latihan dan kursus kemahiran
  • Meningkatkan kemahiran siswazah muda mengikut keperluan industri supaya mudah mendapatkan pekerjaan
Perantis
  • Perantis akan menerima elaun bulanan sepanjang tempoh latihan
  • Tempoh latihan adalah 6 bulan atau 1 tahun bergantung kepada program keusahawanan yang ditawarkan
  • Perantis berpeluang untuk mempelajari cara menguruskan perniagaan selain menduduki latihan teori dan praktikal serta kursus menyediakan Rancangan Perniagaan
  • Jika memenuhi syarat, perantis layak memohon pembiayaan perniagaan khususnya skim PROSPER Siswazah untuk memulakan perniagaan sendiri
Kelayakan
  • Bumiputera tidak melebihi 30 tahun semasa pendaftaran
  • Memiliki Sijil Kemahiran (Tahap 2 dan ke atas), pemegang Diploma atau Ijazah dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan
  • Menjalani latihan sepenuh masa
  • Tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berminat menjadi usahawan
Mentor
  • Kebanyakan mentor merupakan syarikat dan perniagaan di bawah naungan PUNB.
  • Mentor juga terdiri daripada syarikat-syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB.
Program Keusahawanan
Mereka yang berminat boleh memilih mana-mana program keusahawanan yang ditawarkan seperti tersenarai di bawah:
  • Program Keusahawanan Tekno & Khidmat Kreatif
  • Program Keusahawanan Kemahiran Kejuruteraan & Pembekalan Bahan Binaan
  • Program Keusahawanan Khidmat Profesional
  • Program Keusahawanan Khidmat Pendidikan
Cara Memohon
Klik di sini untuk muat turun Borang Permohonan Program Siswazah Perantis. Hantarkan borang yang lengkap kepada:

Sekretariat PROSPER 
(Skim PROSPER Siswazah)
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
Tingkat 10, Blok 1B, Plaza Sentral
Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
atau
Faks: 03-2780 2119/2100
atau hubungi:
Talian Bebas Tol: 1300-13-7862
Tel: 03 - 2785 1515
Emel:  customerservice@punb.com.my

________________________________________________________________________________


Skim Pinjaman Usahawan Desa Pelbagai
Pengenalan Skim
 Diwujudkan bagi membantu dan meningkatkan taraf usahawani kecil dan sederhana dalam bidang pertanian dan penternakan.
Objektif Skim
 Mewujudkan kemudahan pinjaman untuk membantu petani kecil dan sederhana dalam sektor pertanian / penternakan.
 Mewujudkan usahawan kecil dan sederhana yang berdaya saing, berdaya maju dan berdaya tahan.
Bentuk Kemudahan
 Memberi kemudahan pinjaman kepada usahawan Bumiputera dengan kadar faedah 2% setahun yang  di bayar dalam tempoh sehingga lima (5) tahun.
 Pinjaman untuk tujuan :
  Modal pusingan
 Pembelian peralatan
Pembinaan kolam ikan/ udang
 Ubahsuai premis
Syarat Permohonan
 Warganegara Malaysia (Bumiputera berasal, bermastautin di Sarawak)
 Berumur 18 tahun sehingga 50 tahun.
  Petani sepenuh masa
 Memiliki surat tanah (land title)
  Tapak memiliki kemudahan asas yang memuaskan (letrik/ air/ jalanraya)
    Lokasi tapak sesuai untuk aktiviti penternakan (berjauhan dari kawasan perkampungan/ perumahan)
   Kertas perancangan perniagaan/ kertas kerja projek
   Keupayaan membayar balik pinjaman
Had Pinjaman
 Minimum: RM10,000.00
 Maksimum: RM50,000.00
Officer Incharge: Tuan Haji Masri Haili
Tel: 082-416777 ext 339
Read more: Agropreneurs Development Programme http://www.sedc.com.my/index.php/agropreneurs-development-programme#ixzz2GSLj6r2f

______________________________________________________________________________ 

Skim Pinjaman Tanpa Faedah (SPTF) merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh YPU yang bertujuan untuk membantu usahawan tempatan memperkembangkan lagi perniagaan. Pembiayaan yang dikeluarkan adalah berasaskan kepada dua (2) prinsip utama iaitu:-
  1. Al-Murabahah
    • Pinjaman yang berasaskan Jual-Beli bahan mentah yang diperlukan oleh usahawan di mana YPU akan membeli bahan mentah tersebut daripada pembekal dan kemudiannya menjual kembali kepada usahawan dengan harga tertangguh.
  2. Al-Ijarah
    • Pembiayaan dalam bentuk Sewa-Beli peralatan atau mesin. YPU akan membeli peralatan yang diperlukan oleh pemohon dan menyewakannya kembali kepada pemohon tersebut.

Syarat-syarat Permohonan
  1. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun.
  2. Perniagaan yang mempunyai ekuiti 100% Bumiputera dan sekurang-kurangnya 51% sahamnya adalah milikan rakyat Terengganu.
  3. Perniagaan yang mempunyai ekuiti 100% Bumiputera
  4. Terlibat secara langsung dalam perniagaan (Owner Operating) serta beroperasi sepenuh masa.
  5. Memiliki lesen perniagaan sah yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Persekutuan.
  6. Mengendalikan perniagaan di premis tetap.
  7. Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 1 tahun.
  8. Tidak memiliki rekod buruk dengan mana-mana institusi kewangan.
  9. Perniagaan yang mempunyai prospek yang cerah untuk dimajukan.
  10. Keutamaan akan diberikan kepada Syarikat Sdn. Bhd. dan usahawan yang telah mendapat khidmat nasihat dan bimbingan serta telah menghadiri kursus yang dianjurkan oleh YPU.
Sektor Yang Ditawarkan Pembiayaan
  1. Perusahaan dan Pembuatan
  2. Pertanian dan Penternakan
  3. Perkhidmatan dan Perdagangan
  4. Pemborong Pembinaan

Ciri-Ciri Pembiayaan
  • Jumlah: Sehingga RM 50,000.00
  • Jangkamasa: Sehingga 48 Bulan
  • Cagaran: Tiada Cagaran Dikenakan
  • Kadar Caj Keuntungan: Sebanyak 4% setahun daripada jumlah pembiayaan
  • Jaminan:
    • RM 10,000.00 ke bawah - Seorang penjamin yang berpendapatan tetap sekurang-kurangnya RM 700.00 sebulan atau lebih.
    • RM 10,001.00 hingga RM 20,000.00 - Dua orang penjamin yang berpendapatan tetap sekurang-kurangnya RM1,000.00 sebulan atau lebih.
    • RM 20,001.00 hingga RM 50,000.00 - Dua orang penjamin yang berpendapatan tetap sekurang-kurangnya RM 2,000.00 sebulan atau lebih.

Dokumen Permohonan
  1. Borang permohonan pinjaman yang telah dipenuhi.
  2. Lesen Perniagaan - Borang A & D / M&A, B24, B49 & B9 dan Salinan Kad Pengenalan Pemilik atau Pengarah.
  3. Salinan Penyata Bank selama 4 bulan terkini.
  4. Penyata Akaun Pendapatan / Akaun Untung Rugi sebenar & anggaran bagi tahun semasa dan hadapan.
  5. Kertas Kerja Pinjaman atau Profil Perniagaan.
  6. Gambar Premis Perniagaan atau Kawasan Projek.
  7. Surat Tawaran Perniagaan / Kontrak / Projek / Vendor yang dimiliki dan lain-lain Surat Sokongan.
  8. Invois & Bil Barangan atau Peralatan yang diperlukan.

    Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU), Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Padang Hiliran, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
    Talian Pertanyaan: 09-624 2424 / Faks: 09-624 8932 || Hubungi Webmaster: webmaster@ypu.com.my

    _______________________________________________________________________

    SKIM BANTUAN PEMBANGUNAN PRODUK

    Pengenalan
    Skim Bantuan Pembangunan Produk (SBPP) adalah salah satu usaha yang diperkenalkan untuk membantu usahawan tempatan untuk meningkatkan kualiti serta pasaran usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan Industri Kecil & Sederhana (IKS) tempatan agar lebih berdaya saing dan setanding di pasaran tempatan mahupun di pasaran global. Selain itu, ia dapat membantu meringankan kos penyediaan dan peningkatan kualiti produk tersebut.
    Syarat-syarat Permohonan
  9. Usahawan SDSI @ IKS yang beroperasi di Terengganu.
  10. Memiliki pendaftaran perniagaan yang sah.
  11. Bengkel / Kilang yang menghasilkan produk perlu memiliki lesen daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  12. Telah beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun.
  13. Produk yang dihasilkan berkualiti dan berpotensi untuk dipasarkan.

Konsep Bantuan

  1. Pemohon layak memohon sekali sahaja dalam tempoh 3 tahun.
  2. Tiga (3) sektor yang diberi keutamaan untuk skim bantuan:
    • Produk Industri Makanan
    • Produk Kraftangan
    • Produk SDSI
  3. Jenis bantuan yang disediakan bukan berbentuk kewangan.

Skim Bantuan Nutrition FACT

Untuk meningkatkan kualiti pembangunan produk disamping membantu memenuhi keperluan piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Had Maksima Skim Bantuan : RM 2,500.00
Bentuk Bantuan : 70% YPU & 30% Usahawan

Skim Bantuan Yuran Pensijilan GMP & Halal

Berbentuk geran dan dikhususkan kepada usahawan bimbingan yang memenuhi syarat produk SDSI dan boleh ditingkatkan ke taraf global. Bantuan adalah untuk membayar kos perundingan penyediaan dokumentasi ke arah memperoleh sijil GMP dan Halal.

Skim Bantuan Pembungkusan dan Pelabelan Produk

Untuk meningkatkan kualiti pembungkusan dan pelabelan produk usahawan dalam usaha untuk meningkatkan daya saing produk di pasaran.
Had Maksima Skim Bantuan : RM 2,000.00
Bentuk Bantuan : 70% YPU & 30% Usahawan

Bantuan Bar Kod

Merupakan insentif secara percuma yang diperkenalkan oleh YPU dalam usaha membantu usahawan meluaskan produk dipasaran global dan mampu berdaya saing dengan produk lain.
Had Maksima Skim Bantuan : 10 Produk Shj
_____________________________________________________________________________