Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Kuala Terengganu yakin reka corak Batik Chendering berkonsepkan alam semulajadi hasil penyelidikannya mampu memberi nafas baru kepada batik tempatan.
Timbalan Rektornya, Fadhilah Mustafa berkata, koleksi reka corak itu dengan pengenalan identiti setempat mula diperkenalkan kepada umum semasa Karnival UiTMKT sempena ulang tahun kelima penubuhannya.
Katanya, konsep yang dipilih merupakan hasil penyelidikan selama lima tahun pensyarah-pensyarah di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka universiti berkenaan.
‘‘Ia menerapkan tiga jenis reka corak dengan mengambil elemen pesisir pantai, perkampungan dan tumbuhan semula jadi yang terdapat di sekitar kawasan itu.
“Rekaan batik yang diperkenalkan ini mengetengahkan unsur-unsur alam dan tradisi budaya masyarakat tempatan sekali gus bakal memberi impak yang besar kepada kawasan ini apabila dikenali kelak,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Karnival UiTMKT oleh Rektor UiTM Terengganu, Prof. Madya Tengku Yusof Tengku Mahmud dekat Kuala Terenganu
baru-baru ini.
Karnival yang berlangsung selama tiga hari itu juga menyediakan pelbagai acara bagi mendekatkan lagi institusi berkenaan dengan masyarakat setempat di samping mengukuhkan tanggungjawab sosialnya.
Sementara itu, salah seorang pensyarah fakulti yang terbabit dalam penghasilan batik tersebut, Yusuf Daud berkata, motif menjadi perkara yang penting dalam penghasilan batik itu yang boleh dikaitkan dengan kawasan Chendering.
“Kita memilih tiga elemen iaitu alam Pantai Pandak dengan ombak serta batu-batan selain motif kawasan Kampung Raja yang mana terdapat penggunaan motif buah guntung dan ukiran tebuk yang banyak terdapat di rumah nelayan di kawasan ini.
“Kita juga mengambil motif bersempena sejenis tumbuhan yang ditemui di kawasan ini iaitu Tongkat Ali Hitam yang sukar ditemui di negeri ini selain di Chendering,” jelasnya.
Tambahnya, tumbuhan itu yang ditemui ketika pembinaan Istana Terengganu menjadikan tumbuhan herba itu diangkat sebagai motif utama.
Jelas Yusuf, Batik Chendering juga merupakan salah satu usaha memartabatkan perusahaan batik daerah seperti di Indonesia.
“Di Indonesia mereka menghasilkan setiap daerah menonjolkan rekaan batik yang berbeza dan memberi keunikan kepada identiti batik mereka,” ujarnya.
Beliau berkata, orang ramai yang ingin melihat koleksi batik tersebut atau sebarang tempahan boleh menghubungi pihak universiti kerana ia masih belum dipasarkan.
_________________________________________________________________________________
UiTM bakal usahakan ladang Stevia seluas 40.47 hektar.
Link:
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/uitm-bakal-usahakan-ladang-stevia-seluas-40-47-hektar-1.86603
19 September 2012
SHAH ALAM - Universiti Teknologi MARA (UiTM)
bakal mengusahakan ladang tanaman Stevia iaitu pemanis alternatif terbaik
menggantikan gula, seluas 40.47 hektar di Kuala Lipis, Pahang.
Naib Canselor UiTM Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata ladang berkenaan akan diusahakan secara bersama dengan syarikat Agrostevia Worldwide (M) Sdn Bhd di atas tanah milik universiti itu dalam masa terdekat.
"UiTM melalui Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) bersama Agrostevia Worldwide hari ini memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bagi tujuan mengusahakan ladang Stevia itu yang juga akan menjadi pusat kajian dan pembelajaran," katanya kepada Bernama selepas majlis menandatangani MoU itu di sini, hari ini.
MoU berkenaan ditandatangani oleh Sahol Hamid mewakili UiTM dan Agrostevia Worldwide diwakili Pengarah Urusannya Dr Zainul Abidin Md Arshad.
Sahol Hamid berkata menerusi MoU itu tenaga pengajar, penyelidik dan penuntut fakulti berkenaan akan bekerjasama dengan pakar serta pekerja syarikat itu untuk menjalankan penyelidikan serta pembangunan (R&D) berkenaan pokok Stevia.
Beliau berkata MoU berkenaan merupakan antara pencapaian mebanggakan bagi FPA yang ditubuhkan pada 2010 itu serta mampu menjadi platform untuk mendedahkan mahasiswa dengan pengurusan perladangan moden berteknologi tinggi.
"Ladang ini juga akan memberikan pendedahan yang diperlukan oleh mahasiswa yang bukan sahaja boleh memenuhi kehendak pasaran kerjaya tetapi juga menjadi usahawan terutamanya dalam bidang pertanian," katanya.
Sementara itu, Zainul Abidin berkata kerja-kerja untuk mengusahakan ladang Stevia berkenaan akan bermula hujung minggu ini dan dijangka akan menuai hasil dalam tempoh enam bulan.
Beliau berkata Stevia berasal dari Paraguay, Amerika Selatan merupakan pemanis tanpa kalori yang mampu menstabilkan darah, penyakit darah tinggi, diabetes dan masalah obesiti selain mampu menyembuhkan luka, penyakit kulit dan menggantikan fluorida dalam ubat gigi.
Katanya, melalui MoU itu juga, penuntut UiTM terbabit akan menjalani latihan praktikal pengurusan, penanaman dan penyelidikan pokok Stevia yang dijalankan secara usaha sama dengan UiTM serta Institut Latihan Pertanian dan Jabatan Pertanian Kuala Lipis serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi). – Bernama

UPM-KIT BANGUN SISTEM ZERO-DISCHARGE DALAM INDUSTRI MINYAK SAWIT DI SABAH
SANDAKAN, 30 Okt - Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Kyushu Institute of Technology (KIT) akan membangunkan sistem zero-discharge di kilang-kilang sawit di sini dan di sekitar Sungai Kinabatangan untuk menjana perniagaan baru berkonsep hijau.
Hasil kerjasama kedua-dua buah institusi penyelidikan itu merupakan perkongsian projek penyelidikan untuk pembangunan mapan dalam bidang Sains dan Teknologi (SATREPS) di antara Japan International Corporation Agency (JICA) dan Japan Science and Technology Agency (JST).
JICA, JST, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kyushu Institute of Technology (KIT) mempunyai sejarah kerjasama penyelidikan dan pembangunan sejak tahun 1990-an dalam bidang alam sekitar dan bioteknologi.

Sehubungan itu satu bengkel Zero-Discharge From Palm Oil Industry & Creation Of New Green Profitable Business akan membincangkan konsep penciptaan peluang perniagaan melalui sistem zero-discharge di mana bahan sisa dari kilang-kilang kelapa sawit dikitar semula bagi memperolehi produk-produk yang mempunyai nilai tambah seperti bio-plastik, biogas untuk penjanaan tenaga elektrik, arang daripada tandan sawit kosong dan cengkerang sawit, perolehan semula air, serta rawatan air sisa (efluen) yang menyumbang ke arah aktiviti pemuliharaan kawasan Ramsar di Hilir Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama.
Pengerusi bengkel, Prof. Dr. Ali Hassan berkata industri sawit menjadi fokus usahasama di mana penjanaan sisa sawit yang begitu banyak telah membuka peluang menjalankan penyelidikan dan mencari kaedah serta teknologi terbaik menyelesaikan masalah sisa industri sawit.
“Kyutech dan UPM mengemukakan cadangan projek baru penyelidikan dii Ramsar. Kerjasama ini telah menghasilkan pelbagai teknologi yang kini dapat digunapakai oleh industri bagi mencapai matlamat zero-discharge dan pembangunan lestari,” katanya.
Antara impak yang dijangka daripada program itu adalah:

- Penggunaan bahan sisa sawit secara lebih efisien dan mendatangkan keuntungan melalui penghasilan produk-produk nilai tambah
- Pengamalan sistem rawatan sisa efluen yang lebih lestari di semua kilang sawit
- Projek-projek loji pandu yang dibina di kilang sawit akan mempamerkan keupayaan untuk perlaksanaan pada skala penuh
- Penciptaan peluang-peluang perniagaan hijau yang menguntungkan
- Mencipta peluang pelaburan dari syarikat luar terutamanya Jepun bagi perniagaan produk nilai tambah
- Pemuliharaan alam semulajadi di sekitar Kinabatangan
- Penaiktarafan imej industry sawit sebagai industri yang mesra alam dan mengamalkan pembangunan lestari
_____________________________________________________________________________________________
TEKNOLOGI PEMOTONGAN V-GROOVING BAKAL PACU INDUSTRI BULUH MALAYSIA
PEMOTONGAN V-GROOVING |
SERDANG, 14 Ogos – Permintaan buluh daripada industri perkayuan untuk menggantikan kayu mendorong sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta kaedah pemotongan buluh secara V-Grooving.
Teknologi itu yang merupakan pertama kali diperkenalkan di dunia merupakan kaedah baru pemotongan bagi meratakan permukaan buluh untuk dijadikan pelbagai bahan lain seperti papan, lantai dan pengganti bahan industri yang berasaskan kayu.
Penyelidik di Fakulti Perhutanan UPM, Prof. Madya Dr. Edi Suhaimi Bakar berkata penghasilan buluh berlaminasi (PBL) menerusi kaedah pemotongan V-Grooving merupakan kaedah yang lebih praktikal bagi meratakan permukaan buluh berbanding kaedah sedia ada.
“V-Grooving memotong alur berbentuk V di sebelah luar batang buluh menggunakan mesin khas. Setiap alur akan mempunyai “grooving cease” setinggi 1 mm bagi mengekalkan segmen buluh sentiasa bersambung dan bertindak sebagai engsel semasa diratakan.
“Seterusnya, alur terakhir akan dipotong hingga putus dan digamkan pada alur yang lain sebelum buluh diratakan dengan mesin penekan,” katanya pada sidang media Putra Cipta di sini.
Dr. Edi berkata buluh yang sudah rata dapat diketam licin pada satu atau kedua-dua permukaan untuk digunakan bagi pembuatan PBL atau pelbagai papan dekoratif yang lain.
Manfaat
“Berbanding kaedah pemotongan splitting-squaring seperti yang diamalkan sekarang, kaedah V-Grooving lebih mudah, cepat dan ringkas. Proses membentuk PBL turut menjadi singkat sekali ganda berbanding proses lama.
“Selain itu, kos pengeluaran dan bahan mentah dapat dijimatkan serta produk yang dihasilkan lebih berkualiti.
“Mesin V-Grooving boleh diketengahkan kepada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dan dapat memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar menjana pendapatan baru,” ujar beliau.
Kelebihan
“Kekurangan bahan mentah kayu menyebabkan industri kayu di Malaysia sedikit terjejas. Buluh dilihat sebagai pilihan terbaik bagi memastikan bekalan kayu cukup dan sentiasa berada pada aras harga yang kompetitif di pasaran.
“Kadar pertumbuhan buluh juga lebih cepat iaitu empat tahun bagi mencapai tahap matang berbanding pokok kayu lain yang memakan masa sehingga setengah abad.
“Berdasarkan kajian, bilah buluh mempunyai nilai anjalan yang lebih tinggi berbanding kayu meranti atau jati dan ini menyebabkan ianya sesuai untuk dijadikan asas dalam bahan binaan,” katanya lagi.
Komersil
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar berkata industri buluh di Malaysia sedang berkembang pesat disebabkan faktor kelebihan buluh berbanding kayu biasa.
“Buluh mempunyai daya tahan (durability) yang lebih tinggi berbanding kayu jenis lain. Ini memberikan nilai pasaran kepada tumbuhan itu. Pembangunan teknologi seperti ini turut memberikan nilai tambah kepada penghasilan produk berasaskan buluh.
“UPM masih dalam proses perbincangan dengan syarikat yang terlibat secara langsung dengan industri berasaskan buluh ini. Ada syarikat yang menaruh minat dan kita merancang untuk memasarkan produk ini pada tahun ini juga,” katanya.
Turut hadir pada sidang media Putra Cipta ialah Dekan Fakulti Perhutanan, Prof. Datin Dr. Faridah Hanum Ibrahim.
Pengiktirafan
Hasil kajian Dr. Edi bersama kumpulannya yang bermula pada 2007 mendapat pengiktarafan dengan memenangi pingat emas di Pameran Rekacipta Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) 2012 yang lalu.
Penyelidik lain yang terlibat ialah Prof. Madya Dr. Zaidon Ashaari, Prof. Madya Mohd Zin Jusoh, dan seorang pelajar siswazah Dzafarin Saharani.
Berita disediakan oleh Muhamad Najkhan Mazlan, 03-8946 6011 dan foto oleh Noor Azreen Awang, 03-89466189

_______________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
|
http://flowersofnation.my/index.php/kesihatan/15766-qmanjaprotectq-hasil-produk-usm-untuk-rencat-pertumbuhan-sel-barah-pangkal-rahim
_______________________________________________________________________
UiTM
hasilkan 4 Moons Booster hasil minyak tanpa bahan kimia.
KOSMO! Edisi Niaga SELASA 18 JANUARI 2011
SHAH ALAM – 4 Moons Booster, produk terbaru yang
merangsang pengeluaran minyak kayu gaharu dengan lebih banyak tanpa menggunakan
bahan kimia telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa.
4 Moons Booster adalah basil ciptaan Timbalan Dekan
Penyelidikan dan Jaringan Industri Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr.
Ku Halim Ku Hamid bersama penuntut Fakulti Kejuruteraan Kimia universiti
berkenaan selama 18 bulan.
Produk tersebut merupakan campuran pelbagai tumbuhan
dan mesra alam sekitar. Minyak gaharu selain dijual sebagai minyak yang tulen,
ia juga turut digunakan untuk industri pembuatan minyak wangi atau mi¬nyak
atar.
Ku Halim menjelaskan, sejak memasuki pasaran empat
bulan lalu, produk itu telah menarik minat ramai pengusaha kayu gaharu di
Indonesia, Vietnam dan Timur Tengah untuk embelinya.
Sebelum ini, proses untuk menghasilkan minyak gaharu
akan mengambil masa di antara lapan sehingga 12 bulan. Bagaimanapun, dengan
menggunakan produk ini, pengu¬saha akan dapat menuainya dalam jangka masa empat
bulan dan minyak yang dihasilkan juga lebih banyak daripada proses sebelum ini.
“Sebelum ini, penghasilan teras gaharu yang bernilai
tinggi hanya dapat diperoleh selepas dua tahun cecair ini disuntik ke dalam
pokok berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas
majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) di antara UiTM dengan Southern
Farm Valley Johore Sdn. Bhd. (Southern Farm Valley) di sini baru-baru ini.
Pemeteraian MoU itu bertujuan untuk membolehkan
Southern Farm Valley memasarkan produk 4 Moons Booster dengan lebih berkesan di
seluruh negara. Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni UiTM, Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said dan Pengarah Urusan Southern
Farm Valley, Mohd. Ali Amir Batcha.
Selain itu, Ku Halim menjelas¬kan, pada masa sekarang
kebanyakan pengusaha kayu gaharu menggunakan kaedah menyuntik bahan kimia pada
batang pokok tetapi ia telah menyebabkan pokok mudah mati dan akhirnya ia tidak
akan menarik minat pelabur.
___________________________________________________________________________