10 PROFIL AGENSI KEUSAHAWANAN

TEKUN


TEKUN Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.
 Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan usahawan yang strategik dan tidak hanya menyediakan kemudahan modal perniagaan semata-mata. Kini TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan.
      Adalah diharapkan dengan Hala Tuju Baru dan Penjenamaan semula ini, TEKUN Nasional akan menjadi sebuah institusi pelaksana ( executing agency ) yang dinamik serta mampu memainkan peranannya dengan lebih berkesan bagi memenuhi matlamat penubuhannya selaras dengan hasrat kerajaan untuk membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera ( MPPB ). Dengan kejayaan MPPB ini hasrat kita untuk mengangkat martabat bangsa Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi akan tercapai.

LATAR BELAKANG PENUBUHAN TEKUN NASIONAL
TEKUN Nasional telah diwujudkan hasil daripada resolusi Konvensyen Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang pada tahun 1994 yang mencadangkan agar satu sistem penyaluran modal tambahan dengan mudah, cepat dan tidak membebankan dilaksanakan bagi mengatasi masalah akses usahawan kecil Bumiputera kepada pembiayaan perniagaan. Dalam tahun 1995, Universiti Sains Malaysia (USM) telah melaksanakan projek perintis Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Pulau Pinang. Seterusnya projek perintis ini dikembangkan ke Jeli, Kelantan pada tahun 1996 dan Besut Terengganu pada tahun 1997


Berikutan kejayaan projek perintis ini, Kerajaan memutuskan projek TEKUN diperluaskan ke seluruh negara untuk manfaat usahawan kecil Bumiputera.  Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, Yayasan TEKUN Nasional telah ditubuhkan dan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ( MECD ) pada 9 November 1998

Selaras dengan kemajuan dan arus pemodenan, penjenamaan semula dan hala tuju baru Yayasan TEKUN Nasional pada 12 Februari 2008 telah memperlihatkan Yayasan TEKUN Nasional telah diberi nama baru iaitu TEKUN Nasional yang berperanan bukan hanya sekadar sebagai agensi memberi pembiayaan bahkan turut memainkan peranan dalam pembangunan keusahawanan dan memberikan perkhidmatan sokongan


Berikutan penyusunan semula pentadbiran Kerajaan pada 1 April 2009, TEKUN Nasional telah diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. 



TAHUN  1994  

Konvensyen Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang telah mengambil ketetapan mengenai keperluan yang amat mendesak untuk mewujudkan pinjaman modal tambahan kepada usahawan kecil Bumiputera. 

TAHUN  1995

Pusat Penyelidikan Dasar, USM Pulau Pinang menubuhkan pasukan kajian untuk melaksanakan projek perintis Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN). 

TAHUN 1996

Projek perintis ini dikembangkan ke Jeli, Kelantan. 

TAHUN 1997

Projek perintis ini seterusnya dikembangkan ke Besut, Terengganu. 

TAHUN MEI 1998

Kerajaan memutuskan projek TEKUN diperluaskan untuk manfaat usahawan kecil Bumiputera ke seluruh negara. 

Kerajaan bersetuju TEKUN diletakkan di bawah bidang tugas dan pengawasan Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MECD).

TAHUN  1999

 Yayasan TEKUN Nasional mula beroperasi. 

TAHUN 2009

Hasil penyusunan semula pentadbiran Kerajaan telah meletakkan TEKUN Nasional di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian & Inudstri Asas Tani. 
____________________________________________________________________________ 




MARA atau Majlis Amanah Rakyat adalah merupakan antara agensi kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Antara bidang tugas yang perlu dilaksanakan oleh MARA adalah berkaitan bidang keusahawanan dan perniagaan seperti Program Pembangunan Usahawan, Pembangunan Industri dan Perniagaan, Pembiayaan Perniagaan serta dipertanggungjawabkan untuk mengusahakan pembangunan Premis Perniagaan. Selainbidang keusahawanan, MARA juga turut berperanan dalam membantu menaikkan taraf pendidikan negara. Boleh dikatakan setiap tahun MARA memperuntukkan sejumlah besar daripada kewangan mereka untuk disalurkan dalam bentuk tajaan dan pinjaman kepada para pelajar dalam pelbagai bidang. MARA juga turut dikenali dalam bidang pendidikan melalui penubuhan Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM. Apa yang dapat dirumuskan secara ringkas adalah MARA begitu gigih dalam menghasilkan lebih ramai usahawan-usahawan di negara kita selain sentiasa berusaha untuk melahirkan lebih ramai golongan bijak pandai di negara kita.
MARA juga telah menetapkan misi korporatnyauntuk menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk pengusahaan ekuiti Bumiputera. Untuk itu, MARA turut meletakkan sasaran bagi melahirkan usahawan yang berjaya dan inovatif, melahirkan modal insan global dan berintegriti, menyumbang kepada pemilikanekuiti, serta memudahkan sistem penyampaian. Bagi memastikan segala misi dan tujuan yang disasarkan tercapai, pihak MARA sedia membantu sesiapa sahaja terutama bagi mereka-mereka yang berminat untuk menjalankan apa jua jenis perniagaan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Bantuan yang diberikan oleh MARA adalah dalam bentuk pinjaman atau pembiayaan.
Skim Pembiayaan Perniagaan yang diperkenalkan oleh MARA adalah meliputi mana-mana sektor perniagaan yang tidak bercanggah dengan Syariat Islam. MARA akan membantu perniagaan-perniagaan seperti Sektor Pembuatan, Perdagangan, Perkhidmatan dan Pemborongan. Sektor Pembuatan adalah seperti perusahaan perkilangan yang mengusahakan makanan dan minuman, plastik, elektrik dan komponennya, tekstil pakaian dan kulit, hasil pertanian, serta telekomunikasi. Konsep Perdagangan pula melibatkan urusan jual beli barangan seperti penjualan perabot, peruncitan, pasar mini, stesen minyak dan mana-mana yang berkaitan dengan aktiviti perdagangan. Kedai gunting rambut, restoran atau kedai-kedai makan, guaman dan klinik pula antara contoh bagi sektor Perkhidmatan. Pemborongan yang dimaksudkan oleh MARA pula adalah bagi kerja-kerja kontrak binaan, bekalan dan perkhidmatan seperti membina bangunan, membuat jalan dan pendawaian elektrik. Skop pembiyaan perniagaan yang ditekankan oleh MARA ini jelas tidak bertentangan langsung dengan hukum-hukum Islam.

                                                                                                                                                                



Permodalan Nasional Berhad (PNB) merupakan syarikat pengurusan modal terbesar di Malaysia. Ibu pejabat syarikat ini terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur berdekatan dengan bangunan Tabung Haji. PNB merupakan syarikat induk bagi Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang menjalankan sebilangan skim dana amanah, dan subsidiarinya dipunyai keseluruhannya oleh Yayasan Pelaburan Bumiputra. Syarikat ini mempunyai pejabat luar negara di Singapura dan London dan merancangkan untuk membuka cawangan luarnya yang ketiga di Tokyo. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 17 Mac 1978.


Visi dan misi

  1. "Kami akan menjadi organisasi pelaburan bertaraf dunia, yang tersendiri dan berjaya dalam semua yang kita lakukan."
  2. "Kami adalah sebuah organisasi pelaburan unggul yang komited untuk meningkatkan kekayaan ekonomi masyarakat Bumiputera secara khususnya dan menyumbang ke arah pertumbuhan dan kemakmuran negara untuk faedah kepada rakyat Malaysia."


Senarai Pengerusi PNB 

     Tun Ismail Mohd Ali (1978-1996) 

    Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (1966-kini)  

Mengenai Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid

Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid merupakan seorang tokoh pentadbir di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 16 September 1938 di Kampung Batu Tiga, Tapah, Perak. Isterinya Puan Sri Sagiyah Salikin dan mempunyai 5 anak. Bapanya Abdul Hamid Mohd Aroop. Ibunya Mahani Haji Sidek.

Pendidikan

  1. 1946  : Sekolah Melayu Pasir Puteh, Ipoh, Perak
  2. 1947 - 1949 : Sekolah Melayu Kampung Batu Tiga, Tapah,Perak , Sekolah Melayu, Tapah, Perak
  3. 1949 – 1955 : Government English School, Tapah, Perak (SMK Buyong Adil)
  4. 1956 – 1957 : Anderson School, Ipoh, Perak
  5. 1957 – 1960 : Universiti Malaya. B.A. (Hons.)
  6. 1966 – 1967 : Institute of Social Studies, The Hague, Netherlands (Diploma in Public Administration, with credit)
  7. 1970 – 1971 : Harvard University, Amerika Syarikat (Master in Public Administration)
  8. 1994 : Ijazah Kehormat Doctor of Science (Management) daripada Universiti Utara Malaysia atas sumbangannya dalam lapangan pentadbiran dan pengurusan awam.
  9. 1995 : Ijazah Kehormat Doctor of Business Administration daripada The Nottingham – Trent University, United Kingdom, kerana mengiktiraf jasa-jasa beliau mempereratkan hubungan antara perkhidmatan awam dan sektor swasta menerusi persyarikatan Malaysia dan peranannnya di dalam Malaysia Business Council.
  10. 2000 : Ijazah Kehormat Doctor of Letters daripada Universiti Malaysia Sarawak, di atas sumbangan dalam penubuhan awal Universiti itu dan memperkembangkan khazanah seni negara.
  11. 2006 : Ijazah Kehormat Doctor in Management daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, di atas sumbangan dalam sektor awam dan korporat.
  12. 2012  : Ijazah Kehormat Doctor in Management daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).


Senarai Ketua Pegawai Eksekutif PNB

  1. Tan Sri Desa Pachi (1978-1979)
  2. Tan Sri Dato 'Seri Abdul Khalid Ibrahim (1979-1994)
  3. Dato 'Mohd Helmi Taib (1994-1997)
  4. Tan Sri Dato 'Sri Hamad Kama Piah Che Othman (1997-kini)

Jenis skim pelaburan PNB

Amanah Saham Nasional (ASN)

Amanah Saham Nasional (ASN) adalah skim unit amanah pertama. Ia telah dilancarkan pada 20 April 1981 oleh Perdana Menteri ketiga Malaysia, Tun Hussein Onn.

ASN

Dilancarkan pada tahun 1981

ASN 2

Dilancarkan 1999

ASN 3 Imbang

Dilancarkan pada tahun 2001

Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah skim unit amanah kedua. Ia telah dilancarkan pada 2 Januari 1990. Unit amanah di Malaysia adalah seperti dana bersama di Amerika Syarikat. ASB hanya dibuka kepada Bumiputera, yang secara kasarnya bermaksud orang-orang asal Malaysia dan oleh itu tidak termasuk kumpulan pendatang seperti Cina dan India. ASB mempunyai had input sebanyak RM 200,000, yang bermaksud bahawa seseorang itu hanya boleh melabur wang baru sehingga tahap tersebut. Terdapat, bagaimanapun, tiada had atas nilai akaun, jadi keuntungan modal yang disimpan di dalam akaun dibenarkan untuk menyebabkan ia melebihi RM 200,000. Keuntungan modal dalam akaun ASB tidak tertakluk kepada cukai. Dividen dibayar setiap tahun dan meletakkan kembali ke dalam akaun supaya pengkompaunan itu dicapai.

Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020)

Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) adalah skim unit amanah ketiga. Ia telah dilancarkan pada 28 Ogos 1996.

Amanah Saham Didik (ASD)

Amanah Saham Didik (ASD) adalah skim unit amanah keempat telah dilancarkan pada 20 April 2001.

Amanah Saham Malaysia (ASM)

Amanah Saham Malaysia (ASM) telah dilancarkan pada 20 April 2000 dengan saiz dana sebanyak dua bilion unit yang telah dilanggan sepenuhnya dalam masa 21 hari. Pada 18 Julai, 2007, PNB menawarkan 500 juta unit baru.

Amanah Saham Gemilang (ASG)

Amanah Saham Gemilang (ASG) telah dilancarkan pada tahun 2003

Amanah Saham Pendidikan

Amanah Saham Kesihatan

Amanah Saham Persaraan

Amanah Saham 1Malaysia (AS1M)

Amanah Saham 1Malaysia telah dilancarkan pada 31 Julai 2009 oleh 6 Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan saiz dana sebanyak 10 Bilion. AS1M adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia dengan kuota 50% untuk Bumiputera, 30% Cina, India 15% dan 5% lain-lain. AS1M tidak mempunyai had atas nilai akaun, jadi keuntungan modal yang disimpan di dalam akaun dibenarkan. Keuntungan modal dalam akaun AS1M tidak tertakluk kepada cukai sehingga 2019. Dividen dibayar setiap tahun dan meletakkan kembali ke dalam akaun supaya pengkompaunan itu dicapai.

Syarikat di bawah PNB

________________________________________________________________________________



 SME BANK
PEMBIAYAAN
Fungsi utama SME Bank adalah sebagai pusat kewangan dan pembangunan perniagaan sehenti (Hub) untukPembiayaan bagi  keperluan keperluan pembangunan Perusahaan Kecil  & Sederhana (PKS) di Malaysia.
Usahawan mikro ditawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan  dan  disalurkan menerusi program-program khusus mikro seperti:
  • Skim Tabung Usahawan Siswazah (TUS)
  • Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)
  • Skim Modal Asas (SMA)
  • Program-program mikro lain secara usaha sama dengan agensi-agensi lain
Pembiayaan Perniagaan Kecil:
Produk dan perkhidmatan kewangan ditawarkan terbuka kepada usahawan perniagaan kecil dari pelbagai sektor pembuatan dan perkhidmatan .
Pembiayaan Perniagaan Sederhana:
Produk dan perkhidmatan kewangan ditawarkan kepada perniagaan bersaiz sederhana yang berhasrat mengembangkan pengeluaran atau pemasaran produk dan perkhidmatan mereka ke peringkat antarabangsa di mana SME Bank dan rangkaian rakan kongsi strategik akan membantu mengembangkan perniagaan usahawan.

NOTA: Sila Rujuk Klasifikasi PKS Kebangsaan yang terdapat dalam laman web BANK SME bagi tujuan mengenal pasti tahap saiz perniagaan yang bersesuaian dengan dana-dana yang ditawarkan.
  • Program Khas

    Program Sangkut Usahawan
    Program untuk membentuk usahawan PKS Bumiputera untuk menjadi vendor.

    Skim Khas untuk Pembangunan Ekonomi Desa
    Program khas kawasan desa  dengan perlaksanaan pembiayaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah seperti program inap desa (homestay).

    Program Usahawan Batik dan Kraf

    Pembiayaan Filem Cereka dan Drama

    Tabung Usahawan Siswazah 
    Program untuk menggalakkan siswazah menjadi usahawan dan bergiat di dalam perniagaan sebagai bidang kerja alternatif atau untuk mengurangkan kadar pengangguran.

    Program Inkubator Usahawan Siswazah [PIUS]
  • Skim Jaminan Bank SME
    Bank SME menawarkan kemudahan Overdraf (OD)
  • Tabung Pembangunan Pengangkutan Awam (TPPA)
    TPPA merupakan dana khusus pembiayaan pinjaman kepada pengusaha perkhidmatan pengangkutan awam bas dan teksi yang dilesenkan di bawah Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
  • KKB (Kompleks Kilang SME Bank)
    Skim Kilang Bimbingan SME Bank
    Kompleks Kilang SME Bank merupakan pendekatan pembangunan keusahawanan secara bersepadu dengan menyediakan kemudahan pembiayaan, penyewaan ruang kilang, latihan keusahawanan serta bantuan khidmat nasihat dan kewangan.
Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan
Melalui pengukuhan usaha kolaborasi dengan rakan kongsi dan agensi pertubuhan PKS di Malaysia dan antarabangsa, Bank SME memberi pelbagai khidmat sampingan untuk menyokong pembangunan PKE selain khidmat nasihat perniagaan dalam satu spektrum yang luas sebagai respons kepada kehendak usahawan serata industri dan kepelbagaian fasa pertumbuhan perniagaan.
  • Khidmat Nasihat Perniagaan
  • Perkhidmatan Akselerasi Perniagaan
  • Perkhidmatan Informasi
  • Perkhidmatan Promosi dan Padanan Perniagaan
  • Perkhidmatan Menganalisa Prestasi
Untuk keterangan lanjut, sila layari: http://www.smebank.com.my    

________________________________________________________________________________