10 ARTIKAL USAHAWAN AGROBANK


USAHAWAN AGROBANK SETIAP ORANG


Wan kahdijah Othman 39 , pemilik jenama “ wan bakers” yang menghasilkan pelbagai produk makanan dari jenis roti dan kek adalah antara usahawan mikro Agrobank yang Berjaya dan berpotensi menembusi pasaran global:
Berikut  di sertakan artikel daripada majalah tempatan  untuk maklumat lanjut:

______________________________________________________________________________


2)  Beliau T. Devandran pengusaha “Anak Limau Merdeka” Berjaya dihasilakn pada 7 januari 2007 setelah Berjaya dihasilkan beliau membuka syarikat dinamakan Laverson Biotech Sdn Bhd. Setakat ini telah menerima bantuan daripada Agro Bank bernilai RM50000.

Untuk maklumat lanjut disertakan artikel :


  










____________________________________________________________________________         

Shukor Mansor

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fusahawanterbilang-berjaya.blogspot.com%2F2012%2F03%2Fkisah-usahawan-tauke-otak-otak.html&h=mAQER4AH9

WALAUPUN hanya berbekal Sijil Rendah Pelajaran (SRP), ia bukan jalan buntu bagi kehidupan Shukor Mansor, 35 yang berasal dari Semerah, Batu Pahat, Johor. Ekoran pendidikan yang tidak tinggi, Shukor mula berdikari dengan bekerja sebagai penebar roti canai di warung. Pada masa sama dua mula mengikut kawan yang bekerja di sebuah syarikat pengeluar otak-otak terkemuka di negeri Johor.

Minat yang mendalam dalam pembuatan otak-otak membawa Shukor menghadiri pelbagai kursus penghasilan produk berkenaan dan keusahawanan anjuran pelbagai agensi kerajaan di Batu Pahat dan Johor Bharu, Johor serta Melaka. Hanya berbekal minat yang mendalam dan sedikit modal, Shukor memulakan perniagaan otak-otaknya sendiri di Batu Pahat pada tahun 2006. Ketika itu dengan modal RM3,000, Shukor membeli sebuah peti sejuk beku sebagai tempat menyimpan produk otak-otaknya.

 Bagi memudahkan operasi perniagaan, Shukor mendaftarkan perniagaan di bawah nama Sinar Shukor Enterprise dengan jenama Otak-otak Batu Pahat. "Pada mulanya memang sukar untuk mendapat kepercayaan pelanggan kerana produk saya masih baru," katanya semasa ditemui di rumahnya di Parit Kuda, Semerah, Batu Pahat, Johor. Bagaimanapun dengan galakan daripada ahli keluarga, saudara mara dan sahabat semakin menyemarakkan semangatnya.

Tambahan pula dia boleh mendapatkan bahan-bahan mentah daripada masyarakat di sekitar Batu Pahat. Misalnya Shukor, anak ketiga daripada enam beradik mendapat bekalan daun nipah daripada sepupunya Zamzam Jabir, 42, dari Kampung Muhibbah, Batu Pahat. Daun nipah yang didapati di tepi sungai Batu Pahat iproses sepanjang enam inci sebelum dibekalkan kepada Shukor bagi industri perniagaan otak-otaknya. Setiap hari Zamzam membekalkan sekitar 40 bakul dengan satu bakul seberat 10 kilogram (kg).

Manakala bahan mentah lain seperti santan kelapa, herba dan rempah-ratus bermutu tinggi dibeli daripada pembekal di sekitar kejiranannya. Kini Shukor memerlukan 60 kg santan dan 20 kg lagi bahan campuran lain termasuk rempah ratus dan herba bagi ramuan otak-otaknya. Bagi mendapatkan rasa yang lain dari yang lain, Shukor mendapatkan ikan tenggiri segar daripada nelayan berhampiran. Setelah setahun memulakan operasi, perniagaannya semakin meningkat sehingga beliau terpaksa menambah lima buah peti sejuk beku setiap tahun. Setahun kemudian pada tahun 2008, Shukor mula 'menghampiri' Agrobank berhampiran tempat tinggalnya bagi menambahkan modalnya. "Ketika itu saya memohon pinjaman MUST Normal sebanyak RM10,000 bagi menambah bilangan peti sejuk beku," katanya. Kali ke dua pada tahun ini, beliau mendapat pinjaman MUS1M-i sebanyak RM20,000 daripada Agrobank.

Permintaan otak-otak yang semakin meningkat setiap hari daripada peniaga pasar malam, bazar ramadan, ekspo, restoran serta orang perseorangan di Batu Pahat, Muar, Melaka serta Kuala Lumpur menyebabkan Shukor perlu menambahkan bilangan peti sejuk bekunya. "Secara purata saya menambah lima buah peti sejuk setahun dan kini saya mempunyai 35 buah peti sejuk untuk menyimpan 15,000 keping otak-otak sehari," katanya yang mempunyai lebih 10 orang pekerja. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkatkan, Shukor merancang meningkatkan kapasiti pengeluarannya dengan membina kilang di atas tanah milik keluarganya. "Ini bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah setiap hari," katanya sedang dalam proses mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi berkenaan berkaitan dengan modal dan operasi kilangnya.

Biasanya otak-otak akan disimpan di dalam peti sejuk beku secara berdiri sehari semalam sehingga beku sebelum diedarkan kepada pelanggan. "Ini bagi mengelakkan otak-otak cepat rosak," katanya. Ditanya mengenai keistimewaan produknya, Shukor berkata maklum balas daripada pelanggan amat penting. "Ramai pelanggan yang sukakan rasa rempah dan pedas otak-otak keluaran saya," katanya yang berpegang kepada prinsip minat, usaha dan modal untuk berjaya. Apalah yang lebih membanggakan, kini Sinar Shukor Enterprise banyak membangunkan ekonomi sekitar kawasan Batu Pahat bagi bahan mentah dan tenaga kerja tempatan.
_______________________________________________________________________________

Abdul Latif Othman




MEMEGANG kata-kata semangat Arab, 'sujaah' yang bermaksud keberanian, anak muda berusia 25 tahun ini tidak pernah gentar mengharungi suka-duka dunia perniagaan.
Malah, bagi Abdul Latif Othman, pengalaman menceburi bidang tersebut sejak berumur 15 tahun banyak membantunya memahami cabaran sebagai seorang usahawan.
"Saya memang minat berniaga dan menjadikan prinsip hidup berani mengambil risiko sebagai pendorong untuk berjaya dalam bidang ini.
"Peringkat awal pendedahan diterima daripada ayah ketika membantunya mengusahakan perniagaan kerisik,'' katanya ketika ditemui pada lawatan media anjuran Agrobank di Kampung Laneh, Kuala Kangsar, Perak, baru-baru ini.
Sebaik tamat sekolah menengah, anak sulung daripada 10 beradik itu menyambung pengajian Diploma Syariah di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Ipoh, Perak.
Dia kemudiannya mendapat tawaran meneruskan pengajian Ijazah Syariah Undang-Undang di Mesir tetapi mengambil keputusan untuk menangguhkannya kerana ingin memberi fokus kepada perniagaan.
Dengan bermodalkan wang hasil simpanannya, Abdul Latif telah membuka kilang memproses kerisik di Kuala Kangsar selepas menamatkan pengajian diplomanya.
Pada tahun 2008 pula, dia telah membuat pinjaman bernilai RM50,000 daripada Agrobank sebagai usaha memperkembangkan operasi kilang.
Kini, dia boleh menghela nafas lega kerana syarikatnya yang dibangunkan menerusi penjenamaan Sujaah Enterprise telah mempunyai beberapa cawangan di Ipoh dan juga di Bagan Datoh, Perak.
Untuk memastikan produk kerisiknya mempunyai kualiti yang baik, sedap dan wangi, dia telah mempelajari teknik memasak makanan itu daripada bapanya.
"Memang ramai orang tahu buat kerisik, tetapi tidak semua mengikut cara yang betul.
"Sebenarnya, kelapa tua sangat sesuai digunakan untuk menghasilkan kerisik selain perlu dicampur dengan kelapa muda bagi mengeluarkan bau wangi,'' jelas bapa kepada seorang cahaya mata itu.
Abdul Latif memberitahu, penetapan tempoh memasak itu adalah berdasarkan permintaan pelanggan.
"Tempoh ini akan menentukan warna kerisik kerana lebih lama ia dimasak, warnanya akan menjadi lebih gelap mengikut kadar pecahan minyak.
"Ia sesuai digunakan dalam penyediaan hidangan seperti rendang, kari, kerabu dan inti roti,'' katanya.
Kerisik yang telah siap dimasak akan dipek dalam bungkusan kemas dengan pilihan berat 100 gram, setengah kilogram (kg) dan satu kg.
Bagi mengurangkan bahan buangan kilangnya, dia mengambil langkah membakar tempurung kelapa yang tidak digunakan untuk membentuk kiub arang sebelum dijual kepada syarikat yang memerlukannya.
Dengan kapasiti enam orang pekerja, syarikatnya mampu mengeluarkan enam tan kerisik dalam masa sebulan dengan penggunaan 400 biji kelapa sehari.
Mengenai sumber bahan mentah pula, 10 peratus bekalan kelapa diperoleh daripada Indonesia manakala selebihnya dia bersama ayahnya memajak kebun kelapa seluas 30 ekar di Kuala Kangsar bagi mengurangkan kos pengeluaran.
Kebanyakan kerisik keluaran syarikatnya akan dipasarkan ke seluruh kawasan Semenanjung termasuk jualan secara borong kepada pasar raya besar. Harganya pula adalah sekitar RM6 hingga RM7 sekilogram.
"Pada masa depan, saya memang berhasrat untuk memperluaskan pasaran kerisik ini ke peringkat global pula,'' jelasnya yang mendapat sokongan penuh daripada isteri serta keluarga untuk terlibat dalam bisnes tersebut.
Selain bantuan input daripada ayahnya, Abdul Latif turut mendapat bimbingan perniagaan daripada beberapa jabatan agensi seperti Jabatan Pertanian, Mara dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.
Produk-produk keluarannya turut dipromosikan melalui penyertaan pameran serta ekspo seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA).
Untuk memperluaskan lagi perniagaannya, dia turut menghasilkan pelbagai produk kosmetik dan kesihatan berasaskan buah kelapa dara gred A seperti sabun, minyak rambut, minyak urut, jeli kelapa, nata de coco dan sebagainya.
Tidak terhenti setakat itu, beliau ketika ini merancang untuk membuka kilang menghasilkan santan segar pula.
"Menerusi perluasan operasi ini, saya ingin buktikan bahawa belia juga mampu bersaing dalam dunia perniagaan kerana peluang ada di mana-mana,'' ujarnya.


Artikel Penuh: 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0531&pub=utusan_malaysia&sec=Agrobiz&pg=ag_02.htm#ixzz2ESCeIaMH 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


                                                                                                                                                                                                                             

SOH AH PIN

DULU KERANI KINI TAUKE AYAM

 

                                                                                                                                                                   

AGROBANK PEMANGKIN KEJAYAAN NORDIN