10 PROFIL USAHAWAN JAYA PRODUK ICT



Nama saya Adly bin Mukhtar ataupun lebih dikenali sebagai Labanon dalam dunia perniagaan internet. Saya dilahirkan pada tahun 1990 dan sangat bersyukur kerana sudah hampir 21 tahun diberikan peluang oleh-NYA untuk terus hidup di atas muka bumi yang sementara ini. Saya telah menghabiskan masa remaja di Kota Bharu Kelantan tetapi kini sudah hampir 4 tahun merantau di tempat orang. Sekarang saya menetap di bandar besar Kuala Lumpur.
Saya adalah salah seorang individu yang berada di dalam kumpulan hebat untuk membangunkan projek syarikat Flarebiz Network bersama seorang sahabat sejati iaitu Mohd Zhafran pada tahun 2007. Flarebiz Network merupakan syarikat teknologi maklumat yang menawarkan penyelesaian internet kepada orang ramai khususnya para usahawan. Buat masa sekarang kami masih lagi syarikat internet dot com kecil yang mempunyai 8 orang kakitangan yang sangat berbakat dan terbaik di dalam bidang masing-masing.

Bagaimana Saya Bermula?

Semenjak dua menjak ini saya kerap di ajukan dengan soalan di atas. Agak masak jugalah nak sentiasa memberikan jawapan yang sama kepada mereka sehingga berbuih-buih mulut saya. Oleh itu, eloklah saya nukilkan jawapan tersebut di sini supaya boleh dijadikan rujukan kepada sesiapa yang hendak mengenali saya dengan lebih dekat. Oh, lain macam jer bunyinya! Secara ringkas, saya mula mengetahui mengenai perniagaan internet ketika berusia 16 tahun dan pada ketika itu saya berada di tingkatan 4. Setelah beberapa bulan belajar mengenai perniagaan Internet menerusi pembacaan dua buah buku iaitu Rahsia Jutawan Internet Terbongkar oleh Dr. Irfan Khairi & Rahsia Buat Duit Dari Rumah oleh Team Saifulsham, saya telah mengambil keputusan untuk buat duit melalui program Google AdSense.
Setelah beberapa bulan selepas itu, saya telah berjaya mendapat cek daripada Google yang bernilai $150 dan cek tersebut buat saya gembira tak hingat dunia. Alhamdulillah, dengan beberapa teknik yang saya belajar daripada forum WangCyber.com juga telah membuatkan saya mendapat cek adsense secara konsisten setiap bulan dengan jumlah purata $100. Oh, mungkin jumlah ini tidak banyak bagi anda semua tetapi bagi saya budak sekolah, itu adalah satu jumlah yang agak cool.

Mendapat RM10,000 Pertama Di Dalam Hidup?

Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ramai kawan-kawan mengajak saya untuk bekerja secara part-time. Tetapi saya telah menolak pelawaan mereka semua kerana saya ingin fokus terhadap perniagaan Internet. Setelah mengkaji mengenai perniagaan Internet yang sebenar menerusi buku, forum dan pertanyaan kepada otai-otai, saya rasa model yang paling sesuai untuk saya pada ketika itu adalah perniagaan produk informasi.
Daripada situ, saya telah wujudkan satu projek mengisi masa lapang setelah habis SPM dimana saya nekad untuk menjual produk informasi. Di pendekkan cerita yang ringkas ini, pada hujung tahun 2007 saya telah melancarkan satu e-buku yang bertajuk “101 Tip AdSense Terbongkar”. E-buku ini menerangkan tip-tip berdasarkan pengalaman saya buat duit melalui Google AdSense secara konsisten ketika di bangku sekolah. Dengan mempraktikkan teknik dan strategi penjualan produk informasi yang betul, alhamdulillah saya telah berjaya mencatat jualan RM10,000 untuk bulan pertama pelancaran.

Pertemuan Dengan Rakan Sekampung?

Akibat terlalu canggihnya Internet, saya telah bertemu seorang pemuda yang menjadi harapan orang kampung iaitu Mohd Zhafran menerusi Internet. Apa yang kelakar, walaupun kami satu kampung, tidak pernah pun bersua muka. Biasa lah, budak-budak zaman sekarang kan. Secara kebetulan, si Zhafran ini pun memang sedang menjalankan perniagaan Internet dengan menawarkan servis design di Internet. Fuh, design Zhafran pada ketika ini memang antara yang “terpower rangers” di pasaran tempatan. Sebagai seorang opportunist, saya telah mencuri jiwa Zhafran untuk sama-sama membangunkan sebuah syarikat yang diberi nama Flarebiz Network.
Kiranya Flarebiz Network ni memang bermula daripada bilik tidur masing-masinglah. Saya bekerja dari bilik tidur saya dan sebaliknya juga dengan Zhafran. Namun, kami telah mendapat keuntungan semenjak hari pertama Flarebiz Network ditubuhkan. Pada awal tahun 2008 banyak projek yang telah berjaya kami lancarkan seperti GaleriBatik, Rahsia10K dan sebagainya. Secara tidak langsung, passion saya semakin bertambah di dalam dunia perniagaan.
Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu telah tiba apabila result SPM telah diumumkan. Alhamdulillah, saya telah mendapat keputusan yang agak cemerlang dan telah merangkul sijil emas di sekolah. Tak silap saya, 30 orang jer yang dapat sijil emas daripada 600 orang. Ho ho ho! Pada ketika itu, remaja lain berlumba-lumba untuk melanjutkan pelajaran ke universiti, namun entah mengapa ada sesuatu yang tidak kena dengan saya.
Saya tidak minat lagi untuk belajar sesuatu dengan cara yang formal kerana sepanjang selepas SPM, saya telah belajar banyak perkara yang tidak ada dalam buku teks sekolah. Ini membuatkan saya excited dan sekali gus terkena wabak demam usahawan. Saya telah menolak beberapa tawaran untuk interview, tawaran ke matrik dan juga tawaran masuk ke universiti tempatan!
Setelah sebulan berlalu, arwah ayah telah memujuk agar saya cuba dulu masuk ke universiti untuk rasai sendiri situasi di sana sebelum membuat keputusan drastik. Akhirnya, saya telah melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti di utara dalam jurusan kejuruteraan komputer. Paling kelakar, saya hadir di universiti 2 hari lewat untuk 2nd intake dan membawa surat kemasukkan untuk 1st intake!
Memang terkejut habis lecturer di sana. Namun, kehadiran saya ke sana hanya mampu bertahan selama 7 hari sahaja kerana saya rasakan sangat rugi berada di sana. Rakan sebaya semuanya bercakap mengenai perkara yang menyeronokkan seperti game, lagu popular dan perempuan. Oh, saya perlukan rakan yang berbicara mengenai bisnes! Noktah untuk kehidupan sebagai seorang mahasiswa.
__________________________________________________________________________



Pada hari ini USB Flash Drive merupakan antara benda yang paling penting dan dianggap sebagai satu keperluan terutamanya pelajar dan pekerja. Jika anda masih ingat lagi pada ketika itu USB Flash Drive berjenama Pendrive bersaiz 128MB pada harga RM300 sekitar tahun 2003. Tapi harganya semakin menurun pada masa sekarang ini, dengan ruangan storan yang semakin berganda, membolehkan para pengguna mendapat storan beberapa gb pada harga hanya puluhan ringgit. Tahukah anda, disebaliknya, orang yang menggunakan teknologi USB untuk storan dengan penciptaan single-chip USB adalah seorang rakyat MalaysiaPenciptanya adalah Pua Khein-Seng, berasal dari Sekinchan, Selangor. Pua Khein-Seng dan seorang sahabat tempatan telah bekerjasama dengan tiga jurutera dari Taiwan untuk menubuhkan Phison Electronics Corp pada bulan November tahun 2000. Pada asalnya, Pua Khien Seng ke Taiwan dalam melanjutkan pelajaran ke Taiwan dalam bidang kejuruteraan, dan kekal menetap disana dengan menubuhkan syarikat di sana. Enam bulan selepas penubuhan syarikat tersebut, mereka telah mencipta peranti yang dinamakan Pendrive dengan teknologi single-chip controller flash controller."Syarikat Phison juga telah meningkat naik dengan pantasnya. Mereka telah melancarkan Pen Drive pada Jun 2001, dan telah mendapatkan kembali segala modal mereka pada Ogos 2001. Bermula daripada September 2001, segala pendapatan yang diterima oleh mereka adalah berupa pendapatan bersih.

Pada masa itu, beliau dan rakannya hanya berusia 27 tahun. Dengan bantuan kerjasama dari rakan niaga, mereka berupaya memasuki pasaran Eropah dan Amerika disamping berjaya mendapatkan Toshiba sebagai pemegang saham syarikat terbesar.

Menariknya, terdapat ura-ura yang Pua Khien-Seng tidak diterima masuk ke universiti tempatan dan cadangan untuk membangunkan Pendrive juga tidak diluluskan dan tidak mendapat sokongan dana di Malaysia. Perkara ini dikatakan sebagai salah satu sebab mengapa beliau berhijrah ke Taiwan dan menubuhkan syarikat disana. Namun ia hanya sekadar ura-ura sahaja, dan kami tidak mendapat sebarang info rasmi berkaitan dengannya buat masa ini. Sekiranya perkara ini benar dan tidak berlaku, sudah tentu Pendrive dikenali sebagai ‘Teknologi dari Malaysia’ berbanding ‘Teknologi dari Taiwan’ seperti sekarang ini.

Apapun, Pua Khien-Seng masih tidak melupakan Malaysia, dan sering kembali ke Malaysia pada Tahun Baru Cina dan sebagai lokasi percutian. Pada masa yang sama, kini beliau juga dalam perancangan untuk membuka kilang dan cawangan Phison di Pulau Pinang untuk membantu pekerja beliau yang juga berasal dari Malaysia untuk kembali bekerja disini disamping membantu membangun ekonomi negara.





_________________________________________________________________________________

AmmarZahar


Ammar Zahar

AmmarZahar adalah seorang Pakar Pemasaran. Beliau pernah dinobatkan sebagai top affiliate setelah mempromosikan video usahawan dan ebook kuasa lelong.

Terbaru, beliau telah dijemput untuk berkongsi strategi affiliate dalam seminar rahsia clickbank anjuran Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan. Lebih membanggakan lagi, pihak UUM turut mengundang beliau untuk memberikan "talk" berkenaan e-commerce.

Namun, seperkara yang tak berubah tentangnya adalah beliau masih lagi menulis di blog perniagaan internet. :)

Apa yang boleh saya katakan, beliau telah berjaya menempa nama dalam bidang yang diceburi jangkamasa singkat. Satu pencapaian yang membanggakan golongan muda terutamanya pelajar IPTA.

Anda pun bertekad untuk berjaya secepat mungkin seperti yang beliau lakukan? Jom kita tengok secara ringkas perjalanan hidup beliau sehingga mencapai tahap seperti sekarang.



Sebelum Jun 2008:- 
Beliau hanyalah seorang manusia biasa, pelajar dalam bidang senibina landskap dan freelance dalam merekabentuk landskap.

Katanya beliau suka menghabiskan masa kat studio jamming, waktu malam dihabiskan dengan bermain futsal dan tak lupa juga sering melepak kat kedai mamak.


Jun 2008:-
Mula berkarya di blog perniagaan internet.


Julai 2008:- 
Mengeluarkan ebook percuma pertama beliau iaitu Rahsia Squeeze Page. Tak lupa juga, ada buat satu contest untuk review blog beliau dan ebook rahsia squeeze page.

Ogos 2008:-
Melancarkan produk berbayar pertama beliau iaitu Pakej Grafik V2. Kemudian, dekat pertengahan bulan beliau buat program pay per lead (ppl) untuk ebook percuma Rahsia Usahawan Intenet.

Pada akhir bulan (masa merdeka), beliau ada buat tawaran hebat. Antaranya mula mempromosikan produk berbayar kedua beliau iaitu Rahsia Newbie. Dalam pada masa sama, mula maju setapak dengan menganjurkan personal coaching melalui YM.


September 2008:-
Mula mempromosikan produk video usahawan. Ada menawarkan 2 pilihan bonus.


November 2008:-
Ada menyentuh sedikit pasal ebay dan kedai online kat blog beliau. Selang beberapa hari kemudian, mula melancarkan produk berbayar ke-3 beliau iaitu Affiliate A+.


Januari dan Februari 2009:-
Mula mengadakan seminar perniagaan internet secara LIVE.


Mac dan April 2009:-
Telah dijemput oleh pihak pengurusan seminar rahsia clickbank dan UUM untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang kepakaran beliau.


_____________________________________________________________________________________________

Ahmad Syaifuddeen Mohamad
@ Abooain


Ahmad Syaifuddeen Mohamad
@ Abooain


 Abooain atau Ahmad Syaifuddeen Mohamad merupakan salah seorang Usahawan Internet dari Kota Bharu, Kelantan sejak 2007. Menjadikan produk-produk Resel Right (RR), Master Resell Right (MRR) dan Private Label Right (PLR) sebagai Niche utama.

 Pada tahun 2009 berjaya menubuhkan PLRSeries.com yang merupakan platform pertama di Malaysia yang menyediakan Ebook PLR BM secara berkala.. Beliau memiliki hampir 70 produk dan 2 blog perniagaan dan menjana pendapatan melalui program affiliate dari dalam dan luar negara.

 Beliau pernah dijemput menjadi penceramah Fakulti Sains Komputer di UITM Kelantan disamping berpengalaman luas menulis e-buku, PLRSeries.com merupakan platform pertama di Malaysia yang beliau tubuhkan mengeluarkan e-buku Private Label Right (PLR) dalam versi bahasa Melayu secara bulanan/dwibulanan. Abooain kini menerajui dua buah syarikat iaitu Alhusna Gallery dan Abooain Network.

Resell Right (RR), Master Resell Right (MRR) dan Private Label Right (PLR), adalah terma-terma bagi produk Hak Jualan Semula atau produk yang diberikan hak untuk dijual semula oleh pembeli. Hak ini diberikan  kepada semua jenis produk sama ada ebook, laporan, audio, video, grafik dan sebagainya. Terdapat sedikit perbezaan antara terma-terma tersebut. Secara ringkasnya Resell Right dan Master Resell Right hanya diberikan hak untuk dijual semula sahaja atau sedikit kebenaran ubahsuai. Manakala Private Label Right pula salah satu terma yang paling unik kerana ia bukan sahaja membenarkan pembeli menjual semula produk malah pembeli diberikan kebenaran mengubahsuai produk sehingga hampir 100 peratus! Oleh itu PLR dikenali sebagai 'produk emas' kerana keunikannya tersebut.



» Apakah Pula PLRSeries.com?

Mungkin ramai yang ingin tahu apakah pula PLRSeries? Apakah pula kaitannya produk PLR? PLRSeries.com ditubuhkan pada 2009 untuk mengeluarkan produk-produk PLR dalam Bahasa Melayu. Produk-produk PLR digemari ramai kerana ia mampu menjimatkan masa dan kos seseorang yang ingin menjana wang online. Oleh itu PLRSeries bertindak sebagai pengeluar ebook PLR dalam BM yang disertakan bersama-sama 15-18 modul sebagai alat bantuan untuk mempercepatkan pembeli menjual ebook PLR tersebut. Konsep 'Modul Bantuan' yang diperkenalkan dalam PLRSeries merupakan salah satu kelebihan utama produk keluaran PLRSeries.com. Konsep ini mungkin unik dan jarang-jarang dijumpai di Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa ia adalah satu perkara yang biasa bagi produk jenisPrivate Label Right (PLR).
Konsep 'Modul Bantuan' yang diperkenalkan oleh PLRSeries ini memang lengkap dan mampu melancarkan kerja-kerja membina produk mereka sendiri. 18 modul ini memudahkan kerja anda.
Buku ini mendedahkan selok belok dunia Hak Jualan Semula khususnya produk Private Label Right atau PLR. Produk PLR lebih unik dan menguntungkan kerana sifatnya yang fleksibel.  Tidak hairanlah ramai usahawan internet mampu menjana pendapatan bulanan walaupun tanpa produk sendiri. Produk PLR boleh dijadikan produk sendiri dan anda dengan mudah dapat membina perniagaan online dengan kadar yang begitu cepat dan singkat. Ini dikatakan 'jalan pintas' untuk membina empayar perniagan internet!

____________________________________________________________________________________________



Ahmad Fadzli Fauzi

Ahmad Fadzli Fauzi



Ahmad Fadzli Fauzi adalah seorang blogger bermula dari tahun 2005. Sejak tahun 2006 beliau mula mengkaji dan  

mempelajari tentang pemasaran melalui internet. Mula bergiat secara serius dalam bidang pemasaran internet bermula 

tahun 2008 dan menjana pendapatan tambahan daripadanya. .Beliau menjual barangan fizikal, informasi dan servis 

hanya melaluinya. Kini, beliau menumpukan pada pasaran antarabangsa dengan memfokus kepada MRR, PLR dan RR.

Beliau menjadikan media sosial sebagai fokus utama dalam bisnes online. Beliau menjual barangan fizikal, informasi dan 

perkhidmatan hanya melalui sosial. Selepas menjana pendapatan yang lumayan daripada media sosial, beliau telah 

menulis sebuah buku bertajuk Internet Marketing dengan Facebook, MySpace dan Twitter. Alhamdulillah!

Buku tersebut menjadi bestseller dan menduduki tempat pertama di kedai-kedai buku terkemuka di seluruh negara. Kini 

beliau memberi tumpuan pada pasaran antarabangsa dengan memfokus kepada MRR, PLR dan RR. Buku ini diterbitkan 

hasil daripada pengalaman peribadi beliau dan istimewanya mendapat gabungan kepakaran Raja PLR Malaysia, saudara

Abooain.



Kini bergiat aktif dalam lapangan MLM, Score A dan sering menerima undangan ceramah tentang motivasi, perniagaan dan sebagainya.

“Sebelum ini, ia dianggap aktiviti yang tidak mendatangkan faedah. Kini ramai yang mula sedarkehebatannya sebagai medium terbaik internet marketing. "Facebook, Myspace dan Twitter adalah laman web social networking yang merangkumi pelbagai peringkat komunikasi.
Ia menekankan kepada kerjasama online dan perkongsian antara pengguna. Rangkaian sosial ini adalah medium yang mampu memasarkan bisnes anda ke satu tahap yang menguntungkan. Lengkap dengan penerangan bagaimana ingin menyertai laman web social networking ini.
Turut diterangkan secara terperinci, teknik dan strategi pemasaran yang efektif. Miliki buku ini kerana ia adalah rujukan terbaik bagi anda mempertingkatkan bisnes internet anda.

_____________________________________________________________________________

Mohd Suhaimy Abu Bakar lebih dikenali sebagai “shuth” ( disebut sebagai…shoot). Dan dengan nama tersebut, saya telah menubuhkan sebuah syarikat berasaskan internet (online based company) yang diberi nama Shuth Network Sdn. Bhd. Sudah berumah tangga dan mempunyai dua orang anak lelaki.
Saya telah menjalankan perniagaan di internet sejak tahun 2005.

  • http://www.mohdsuhaimy.com
  • http://www.wangcyber.com - website komuniti yang memfokuskan kepada topik “perniagaan internet”.
  • http://www.maskahwin.com - buku panduan pengurusan kewangan yang khusus untuk bakal-bakal pengantin
  • RahsiaKambing.com - sebuah website yang menjual ebook panduan bagaimana memulakan pernternakan kambing. Ebook ini telah ditulis oleh rakan saya , Mohammed Farid Sulaiman, seorang penternak kambing yang berjaya
  • http://www.sempoihosting.com - menawarkan perkhidmatan webhosting dan nama domain mampu milik yang khusus kepada masyarakat malaysia
  • http://www.klikjer.com - merupakan sebuah syarikat penerbitan digital yang mana, menerusi web ini, syarikat saya akan menerbitkan ebook-ebook yang dihasilkan oleh penulis tempatan. Selain itu, website ini juga turut menyediakan sebuah program affiliate berpusat yang membolehkan affiliate-affiliate di Malaysia menjana wang dengan mempromosikan ebook-ebook tersebut

___________________________________________________________________



Mohd Rahshidi Zakaria mempunyai sijil kelayakan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi dari POLIMAS. Beliau kemudian menyambung pendidikannya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian) di UTeM.

Pengasas kepada Komuniti Kreatif Contentpreneur.com
Penulis Buku Bersenang-lenang bersama Google & Money-tize your Idea

· http://mrshidi.com
· http://googlesme.com

____________________________________________________________________________



Irwan Dahnil dilahirkan pada Mac 1976 dan berasal dari Selayang, Selangor. Mempunyai minat mendalam dalam bidang keusahawanan dan perniagaan, membuatkan beliau tidak memilih makan gaji untuk menentukan hala tuju hidupnya dengan menjalankan perniagaan selepas bergelar graduan Sarjana Muda Teknologi Maklumat. Beliau telah berkecimpung dalam keusahawanan sejak 1999 khususnya dalam bidang berkaitan teknologi. Irwan Dahnil mempunyai minat dalam perancangan strategik perniagaan, daya inovasi, mencipta nilai dan memberikan nilai tambah dalam perniagaan.

Irwan Dahnil yang disebut sebagai guru perniagaan SMS Malaysia, merupakan penulis buku Buat Duit Dengan SMS, buku berbahasa Malaysia yang pertama yang mendedahkan mengenai potensi perniagaan SMS.


· http://www.irwandahnil.com

____________________________________________________________________________

KOPERASI USAHAWAN INTERNET SELANGOR BHD 



Koperasi Usahawan Internet Selangor Bhd (KPUISB) diwujudkan selaras dengan kempen kerajaan Malaysia untuk memacu pembangunan ekonomi dengan mewujudkan lebih ramai usahawan. KPUISB dikenali ramai melalui Program Pembangunan Usahawan Internet yang unik dan berkesan.
Koperasi Usahawan Internet Selangor Bhd telah berkembang dengan pesat sejak penubuhannya pada Januari 2009 dan ianya akan menjadi platform kepada individu, badan-badan kerajaan, pihak swasta mahupun korporat secara keseluruhannya untuk melahirkan usahawan internet.
Koperasi Usahawan Internet Selangor Bhd telah berjaya melahirkan lebih daripada 100 orang usahawan internet melalui program-program yang dirancang dan dikawal selia secara professional serta kaedah perniagaan internet yang mudah, praktikal dan berkesan.
Sejak ditubuhkan sehingga Februari 2010, Koperasi Usahawan Internet Selangor Bhd telah mempunyai ahli lebih daripada 220 orang.Pada tahun 2010, Koperasi Usahawan Internet Selangor Bhd telah mensasarkan kenaikan lebih 100% dalam melahirkan lebih ramai usahawan internet. Melalui sistem sokongan pelajar yang professional, pemasaran yang unik, promosi yang berkesan, sokongan dari rakan niaga, sokongan kerajaan mahupun pihak swasta dan sistem pengurusan yang cekap dan professional, Koperasi Usahawan Internet Selangor Bhd yakin dapat melahirkan 1000 usahawan internet dalam setahun.
Lokasi Koperasi Usahawan Internet Selangor Bhd bertempat di Kelana Mall, Kelana Jaya amat strategik kerana ia berdekatan dengan Giant, Universiti, pejabat kerajaan dan pejabat swasta amat memudahkan orang ramai untuk mendapatkan khidmat sokongan dan nasihat berkenaan perniagaan internet.


Objektif Koperasi
  • Memberi kesedaran dan pemahaman sebenar mengenai perniagaan internet kepada orang ramai.
  • Memberikan pendidikan dan latihan serta sistem sokongan yang bermutu tinggi dan professional kepada khususnya ahli-ahli koperasi dan orang ramai amnya.
  • Membantu serta menyediakan peluang kepada sesiapa sahaja untuk memulakan perniagaan internet.



Misi

Bergerak atas moto “1 Keluarga 1 Usahawan” Koperasi Usahawan Internet Selangor Bhd meletakkan aras yang tinggi dalam kualiti pengurusannya. Misi utama KPUISB adalah menjadi organisasi yang terbaik dengan menyediakan pemasaran yang kreatif dan inovatif disamping menyediakan solusi yang berkualiti tinggi kepada pelanggan-pelanggan, pengguna, rakan niaga dan juga ahli-ahli KPUISB.

                                                                                                                                                                 



TENGKU FARITH RITHAUDDEEN


Merupakan salah seorang penggerak industri Teknologi Maklumat (IT) di Malaysia. Pembabitan beliau di dalam industri IT di Malaysia bermula sejak dari awal tahun 1990.
Merupakan Presiden dan salah seorang pengasas SKALI (Alam Teknokrat Sdn Bhd), beliau bersama tiga rakan-rakan lain iaitu Aimi Aizal, Maznida Mokhtar dan Azmi Ahmad telah menubuhkan SKALI pada tahun 1997.
Kerjaya beliau bermula di dalam bidang perbankan di Commerce International Merchant Bankers (CIMB) dan walaupun mempunyai peluang yang cerah mendaki tangga korporat, beliau bertekad memilih untuk menjadi usahawan tekno bersama beberapa rakan-rakannya untuk meredah arus perkembangan ICT negara menerusi SKALI.
Di CIMB beliau memainkan peranan penting di dalam jabatan Kewangan Korporat dan Pemasaran Modal dan mempunyai pengalaman yang luas mengenai penstrukturan korporat dan kewangan.
Melalui pengalamannya di CIMB, beliau telah berjaya membina rangkaian perniagaan yang kukuh dengan beberapa bank pelaburan di Malaysia, para analisis, pelabur modal kapital dan para pelabur, dan terbabit di dalam pembangunan strategik konsultansi korporat untuk Pelabuhan Penang, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan KPJ Healthcare Bhd.
Seterusnya, beliau mengembangkan kerjayanya di Road Builder (M) Holdings Berhad dan bertanggungjawab di dalam pembangunan strategik untuk projek-projek pembinaan dan infrastruktur. Di Road Builder, beliau memainkan peranan penting dalam mendapatkan beberapa projek-projek penswastaan yang berkaitan pembinaan dan infrastruktur.
Tengku Farith juga pernah mengetuai sebuah syarikat pengeluar tempatan yang terbabit di dalam pengeluaran bahan-bahan pembinaan. Berkhidmat selama empat tahun di syarikat terbabit, beliau bertanggungjawab mengendalikan seramai 160 kakitangan dan mengendalikan dua kilang pengeluaran serentak.
Tengku Farith juga merupakan Presiden untuk Pertubuhan Usahawan Teknokrat Malaysia (TeAM) Technopreneurs Association of Malaysia. TeAM telah ditubuhkan untuk membantu pembangunan teknologi maklumat di Malaysia.
Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang pengasas NEF (New Entrepreneur Forum) sebuah badan yang membantu pembangunan usahawan bumiputera di Malaysia.
Pada tahun 2002, beliau telah dipilih di dalam senarai 100 pemimpin untuk 100 Global Leaders for Tomorrow (GLT) daripada Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland dan telah dianugerahkan Anugerah Usahawan Muda daripada Dewan Perniagaan Melayu Muda pada tahun 2004.
Kecemerlangan Tengku Farith terbukti apabila dia diberi kepercayaan menjadi ahli kounsel bagi NITC dan Technopreneur Flagship.
Tengku Farith merupakan lulusan Sarjana Muda di dalam bidang Ekonomi daripada Universiti Carleton pada 1992.